Posts

Showing posts with the label Danish Diana

Danish Diana akhir

Tibalah masanya untuk kuliah bermula. Ehem - ehem students... You all know who is the new lecturer? Well well.... Semua budak perempuan dalam dewan kuliah buat muka excited  nak sambut lecturer baru yang hensem, cute, kaya dan muda. Danish tu la..Siapa lah lagi yang jadi lecturer baru kelas Diana. Diana melihat satu dewan kuliah. Mak ai!  Apesal semua pakat dok make up muka ni? Yang paling tak boleh blah Si Katrina 'Diva Vouge' tu. Vouge la sangat.Sekali tengok dah macam opera cina  la pulak sebab muka tu putih macam pakai tepung , bukannya bedak. Semua mata tertumpu apabila mendengar tapak kasut  dari luar bilik kuliah lagi.Semua mata budak perempuan tidak lepas dari muka pintu. DANISH! Hati Diana sudah tidak keruan apabila dia melihat Danish masuk ke dalam dewan kuliahnya. What on Earth ! Danish hanya tersenyum melihat wajah kelat Diana yang melihatnya. Puas Danish.Diana ingat selamanya dia boleh lari dari Dani...

Cinta ke Akhirnya

" Abang, orang pun nak naik jugak basikal.Carry la orang kat belakang. Sarah mengikut Hanif dari belakang ketika Hanif sedang menunggang basikal. "Kacau je lah Sarah ni.Pergi balik.Budak perempuan tak boleh main dengan  budak lelaki.Haram." Hanif bersuara garang ingin mengusir Sarah pulang.Dia takut nanti Sarah terjadi apa-apa pula. " Ala.... Sarah nak ikut jugak. Abangkan abang Sarah.Boleh jaga Sarah apa." Sarah masih berdegil. Sarah mengambil kesempatan naik di belakang basilkal Hanif.Dia menunjukkan muka menang sambil menjelirkan lidah terhadap Hanif. " Wekk ! "  Hanif hanya menggeleng melihat telatah Sarah.Dia biarkan Sarah dibelakang dan dia mula mengayuh.Sarah senang sekali mengikut Hanif pusing mengelilingi taman perumahan mereka. Sarah sangat sayangkan Hanif.Dia sudah menganggap Hanif sebagai abangnya sendiri. Ketika itu umur Hanif 12 tahun dan Sarah 9 tahun. mereka mula terpisah ketika Hanif diterima masuk ke sekolah bera...

Danish Diana

On the way Diana nak ke keretanya, dia melihat Danish juga menuju ke tempat yang sama . Bala bala.Diana sudah naik gelabah bila tak tahu nak buat apa. "Eh D, you park sebelah I? Tak perasan pun I ni kereta you." Danish sengaja bernada terkejut. Bagi Diana ini adalah satu kebetulan yang sangat tidak dijangka.Kebetulan lah sangat sedangkan Danish yang cipta kebetulan tersebut.Danish hafal semua number pendaftaran kereta Diana.Baik yang di KL mahupun Kedah ni.Sebab tu bila dia datang tadi dia terlihat kereta Diana terparkir elok di sebelah parking lot yang masih kosong.Peluang yang jarang didapati harus dimanfaatkan dengan sebaiknya. "Do I know you mister? Have we ever meet before.I guess no right? So get out of my way!!!" Bentak Diana apabila Danish menghalang laluannya. "You serious D? I ni husband you D! Are you kidding me? " Danish turut memainkan watak dalam permainan yang dicipta oleh Diana. Hati Diana berdegup kencang saat Danish menyebut pe...

Danish Diana

Danish adalah pensyarah di UITM Merbok.Tempat Diana belajar.Tapi Diana tidak pernah mengetahui itu kerana Danish adalah pensyarah baru dan pensyarah termuda di situ. Danish bukanlah tidak suka pada Diana tetapi dia hanya sakit hati dengan Diana yang dirasakan tidak ada perasaan.Ialah,semuanya ibubapa yang tentukan.Macam Diana itu tidak boleh membuat pilihan sendiri. Diana menyewa sebuah rumah yang berdekatan dengan tempat pengajiannya.Tambahan dengan kemudahan kereta yang sedia ada memudahkan lagi urusannya.Diana menyewa dengan Shila,sama universiti tapi berbeza aliran. "Awal kau balik D? Kata hujung bulan ni baru sampai sini." Ujar Shila setelah melihat Diana yang pulang awal dari sepatutnya. " Aku malas lepak KL lama-lama.Jammed sangat otak aku kat rumah.Dengan abangku Hairi yang over-protective setiap kali aku nak keluar.HUH!!!" Diana meluahkan rasa tidak puas hati dengan tingkah laku Hairi yang mengawalnya selama dia berada di rumah. "Eh, hang tau t...

Danish Diana

Di KLIA...... Hairi menghantar Diana dengan keadaan yang negatif.Dia begitu sedih dengan keputusan Diana yang ingin ke   Kedah untuk melarikan diri.Ya, dia tahu yang Diana ingin melarikan diri di sebalik alasan untuk sambung belajar di UITM MERBOK. Diana ingin lari dari semua orang yang dia kenal.Kesian Diana. "D dah fikir masak-masak pasal hal ini? Kalau D ubah fikiran pun tak apa.Abang sedia sembunyikan D jauh dari semua orang sampai D sedia nak jumpa semua orang." Hairi memberikan cadangan buat Diana. " D ok la.Lagipun D nak pergi pun bukannya lama.2 tahun je.Pejam celik pejam celik nanti abang tengok D dah sampai rumah." Diana menyedapkan hati Hairi. Diana sempat melirik ke arah mata Hairi yang merayu supaya dia jangan pergi.Dia kasihan dengan Hari tetapi ini adalah satu-satunya pilihan supaya dia kuat untuk teruskan hidup selepas apa  yang berlaku selama ini.Baginya, biarlah selepas ini dia sendiri yang menentukan masa depan dia sendiri.Masa depan Diana ...

Danish Diana

Dia melihat jam di dinding.Majlis akad akan berlansung 10 minit lagi tapi bayang lelaki itu tidak kelihatan.Dah  orangnya tidak ada mestilah bayang pun tidak ada.Wakil keluarganya sudah sampai.Semua orang mundar mandir di dalam rumah menunggu bakal pengantin lelaki. Danish Firdaus masih tidak munculkan diri. Diana Suraya,bakal pengantin perempuan itu hanya diam di atas katil yang dihias indah.Dia sudah menjangkakan yang Danish itu keras hati tapi tidaklah sampai macam ni. " Ibu Mia,kalau Danish tak sampai lagi setengah jam, kita batalkan aje ye majlis ni.Nasib baik kita buat majlis tertutupkan . Senang tak payah malu kat sape-sape kalau batal."  Diana mengungkapkan kata-kata itu dengan sebuah senyuman. Puan Sri Ademia hanya terlopong mendengar ucapan yang keluar dati mulut Diana.Bukan dia seorang sahaja bahkan semua yang berada di dalam bilik itu turut memandang Diana dengan pandangan simpati. Sebagai bakal Mertua kepada Diana,Puan Sri Ademia sangat kecewa dengan sikap...