Posts

Showing posts with the label akhir sehingga jannah

Akhir sehingga Jannah

Dia pernah cakapkan yang dia sudah benci aku sejak kali pertama dia berjumpa denganku. Tapi.... Hari ini dia ada di sini.Duduk di hadapan Abahku.Menunggu untuk melafazkan akad terhadap diriku.Aku pula hanya duduk di suatu sudut bersama-sama ahli keluargaku yang lain. Mereka semua kelihatan sangat gembira. Namun........ Mereka tidak tahu apakah yang bermain di hatiku kala ini. Melihat Dia yang tersenyum mengadap abah seolah dia rela mengahwiniku.Aku tidak tahu punca utama dia melamarku dahulu. Abah genggam tangannya Dia.Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi milik... Alfian Alaxander...Lelaki kacukan Inggeris-Melayu yang kutemui sewaktu menuntut di UIA.Dia seniorku.Senior yang paling membenciku sejak pertama kali aku menjejakkan kaki di situ. Dia kenalan abah.Abah dan walidnya Dia bersahabat dari zaman sekolah lagi. Abah banyak bersama walid Alfian semasa susah dan senang.Mereka sangat akrab bagai isi dan kuku. Aku mengenali Alfian hanya ketika di universiti lagi....