Abang Doktor part 1
"Apa kurangnya ikhwan tu Adelin? Mama tengok Ikhwan tu cukup sifatnya.Baik budi bahasanya, hormat orang tua, sembahyang tak tinggal, doktor lagi." Mama memuji kebaikan Ikhwan di hadapan Adelin yang dirasakan bakal menantunya adalah yang paling tepat untuk digandingkan dengan Adelin.
Adelin menahan sahaja perasaan memberontak di dalam hati apabila mamanya memuji Ikhwan. Ya dia akui Ikhwan memang cukup segala-galanya.Anak orang kaya la katakan.Adelin sendiri tidak memandang harta bapak Ikhwan tu sedangkan dia tahu yang Ikhwan tu memang sudah cukup kaya dengan pekerjaan sebagai seorang doktor pakar yang professional di hospital persendirian yang terkenal di ibu kota.Adelin sendiri ternganga melihat Ikhwan yang datang ke rumahnya minggu lalu dengan menaiki Audi R8 yang selama ini menjadi kegilaan Adelin itu.
"Ad boleh tolak tak kalau tak mau kahwin dengan doktor tu?" Adelin menguji mamanya yang sedang tajam merenungnya apabila dia berkata begitu..
"Kalau Ad rasa Ad dah tak sayang mama dan babah, Ad silalah jadi anak derhaka ya!"Mama sudah mula menaikkan oktafnya.
"Ad nampak minggu lepas mama, yang doktor tu keluar dengan awek dia.siap pegang-pegang tangan lagi.Mama tau kat mana? Kat Tesco yang paling dekat dengan rumah kita ni.Hai, si Ikhwan tu kot ya pun nak dating pergilah jauh sikit." Ad galak memprovok mamanya yang sudah meletus.
Memang betul pun si Ad ni nampak doktor tu dating kat Tesco.Mesra nak mampus you all.Ikhwan ni suka buat kerja kantoi.Ad ke Tesco masa tu nak cari barang keperluan yang dia nak bawak pergi PLKN.Alang -alang terjumpa dengan Amir ,kawan satu kelas.Ad baru je habis exam SPM minggu lepas.
'Kamu cakap apa ni Adelin? Betul akmu nampak yang si Ikhwan tu dating ?" Mama sudah tidak tahan lalu mengarahkan Adelin mengambil Samsung Galaxy Notenya di dalam bilik.Mama sudah tidak tahan untuk mengetahui cerita sebenar lalu menghubungi si ibunya doktor.
Comments
Post a Comment