Abang Doktor part 1
"Apa kurangnya ikhwan tu Adelin? Mama tengok Ikhwan tu cukup sifatnya.Baik budi bahasanya, hormat orang tua, sembahyang tak tinggal, doktor lagi." Mama memuji kebaikan Ikhwan di hadapan Adelin yang dirasakan bakal menantunya adalah yang paling tepat untuk digandingkan dengan Adelin. Adelin menahan sahaja perasaan memberontak di dalam hati apabila mamanya memuji Ikhwan. Ya dia akui Ikhwan memang cukup segala-galanya.Anak orang kaya la katakan.Adelin sendiri tidak memandang harta bapak Ikhwan tu sedangkan dia tahu yang Ikhwan tu memang sudah cukup kaya dengan pekerjaan sebagai seorang doktor pakar yang professional di hospital persendirian yang terkenal di ibu kota.Adelin sendiri ternganga melihat Ikhwan yang datang ke rumahnya minggu lalu dengan menaiki Audi R8 yang selama ini menjadi kegilaan Adelin itu. "Ad boleh tolak tak kalau tak mau kahwin dengan doktor tu?" Adelin menguji mamanya yang sedang tajam merenungnya apabila dia berkata begitu.. "Kala...