Posts

Showing posts from January, 2013

Kita cipta kenangan baru ok

" Lepaslah Qalif.Sakit tau." Aku meronta menyuruh Qalif melepaskan tangannya yang kuat mencengkam lenganku. " Janji kau tak lari." Aku angguk  usai dia berkata demikian. " Tapi,boleh percaya ke?" Qalif meraguiku. 'Ish mamat ni,nak lepas pun banyak songeh la'.Aku melahirkan ketidakpuasan di dalam hati. Qalif melepaskan cengkamannya di lenganku tapi tangannya pula menggenggam tanganku. " Untuk langkah berjaga-jaga." Usai dia berkata demikian dia mengheretku pergi dari situ.Aku hanya mengikut kerana tanganku sudah dikunci oleh Qalif dalam genggaman dia. " So, Maira,tak nak tahu ke siapa perempuan yang I selalu jumpa ? " Qalif mendugaku. " Ada aku kisah ke Qalif. Kau pernah cakap kan yang kita berhak buat hal masing masing tanpa campur tangan mana- mana pihak. So, aku rasa itu hal peribadi kau. Tak berkaitan dengan aku."  "Tapi Maira, kau sekarang kena kisah sebab role kita sebagai suami isteri da