Kita cipta kenangan baru ok

" Lepaslah Qalif.Sakit tau." Aku meronta menyuruh Qalif melepaskan tangannya
yang kuat mencengkam lenganku.

"Janji kau tak lari." Aku angguk  usai dia berkata demikian.

"Tapi,boleh percaya ke?" Qalif meraguiku.

'Ish mamat ni,nak lepas pun banyak songeh la'.Aku melahirkan ketidakpuasan
di dalam hati.

Qalif melepaskan cengkamannya di lenganku tapi tangannya pula menggenggam tanganku.

"Untuk langkah berjaga-jaga." Usai dia berkata demikian dia mengheretku pergi dari
situ.Aku hanya mengikut kerana tanganku sudah dikunci oleh Qalif dalam genggaman dia.

"So, Maira,tak nak tahu ke siapa perempuan yang I selalu jumpa ? " Qalif mendugaku.

"Ada aku kisah ke Qalif. Kau pernah cakap kan yang kita berhak buat hal masing
masing tanpa campur tangan mana- mana pihak. So, aku rasa itu hal peribadi kau.
Tak berkaitan dengan aku." 

"Tapi Maira, kau sekarang kena kisah sebab role kita sebagai suami isteri dah
pun bermula. Perempuan tu adik ipar aku... Isteri Suhil.Kau tak kenal
Suhil sebab masa kita akad nikah dia study kat England.Diorang baru je nikah
kat England 2 tahun lepas.Sebab tu kau perlu tahu siapa orang yang aku jumpa."

Akhirnya aku tahu juga siapa identiti wanita yang selalu terserempak dengan Qalif.
Cemburu ke aku?

"Ada makna ke awak terangkan semua ini?'' Aku sekadar bertanya.

Qalif berpaling mukanya mengadapku apabila aku menggunakan kata ganti nama yang
berlainan.Aku yang sedang berjalan ditarik apabila Qalif berhenti mendadak.

"Kau panggil apa dekat aku? 'AWAK?' Salah tu Maira
Patutnya abang. A.B.A.N.G!" Qalif mencadangkan pula.

Aku pandang muka Qalif dengan pandangan yang kosong.Dia ni mesti
nak kenakan aku lagi ni.


last en3...
sorry so short...

Comments

  1. dh singgah sini n follow.. follow me back yea.. tq.. =)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IRISH part 7

IRISH

CHAPTER 3