Posts

Showing posts from February, 2013

Bukan yang kedua...

"Tolong aku Aliah.Mama aku nak sangat kau yang jadi menantu dia.Bukannya Hilma. Kalau kau pujuk mama aku terima Hilma., aku sangat sangat bersyukur Aliah." Nah! Itu dia alasan Adrian yang sebenarnya.Rupanya aku hendak dijadikan sebagai batu loncatan untuk memujuk Datin Aini, mamanya Adrian untuk menerima Hilma. Aku masih statik di hadapan pagar rumahku sedangkan Adrian hanya merenungku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Bencinya dengan diriku yang tak mampu nak lari dari lelaki yang bernama Adrian ni. "Bila mama kau nak jumpa aku?" Satu soalan dariku yang membuatkan Adrian tersenyum lega. Aku menyimpan perasaan terhadap Adrian sejak di zaman universiti lagi.Aku berpegang dengan satu kata-kata iaitu cinta tak semestinya memiliki jadi aku pendamkan sahaja perasaanku. " Mama nak jumpa kau petang ni.lepas asar aku ambil kau.Mama ada buat makan-makan  sikit."   Adrian menerangkan butir-butirnya. ---------------------------------------

Bukan yang kedua...

Nama dia Adrian.Dia Melayu tulen dan berumur 26 tahun. Adrian Shaufik.Seorang Engineer muda yang berjaya memikat hati aku hanya dengan senyuman yang dihiasi lesung pipit yang menyempurnakan wajahnya. Dia mula menyapa aku ketika kami sama sama menuntut di Universiti. Mulanya kami hanya berbual sebagai teman satu kumpulan. Seterusnya dia mula berani meminta nombor telefonku. Adrian tidak meminta untuk couple denganku.Aku sendiri tidak berani menaruh harapan terhadap lelaki sekacak Adrian. Aku hanya mampu kekalkan hubungan kami sebagai kawan sekuliah. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ "Be my girlfriend Aliah?" Satu soalan yang amat mengejutkan aku ketika kami sama-sama keluar makan tengahari. Mujur sahaja aku tidak tersedak apabila aku sedang enak menikmati makanan aku tadi. "Kau merapu merepek gila apa ni Edry? Aku tak akan jadi awek kau walaupun gurauan" Aku membalas deng