Posts

Showing posts from May, 2013

CHAPTER 3

Pintu pagar yang sedia terbuka tiba-tiba tertutup. Ni mesti kerja abang Qiel. Aku letakkan beg ke dalam Proton Preve aku yang terpakir di sebelah Honda Accord Qiel yang besar gedabak tu.. Huhh! membazir ja. " Abang QIEL! Buka gate ni sekarang! We have nothing to say anymore . Open the gate NOW!" Aku mengarahkan abang Qiel membuka pagar setelah dia muncul di hadapan pintu dengan memegang kunci gate. "No will do! Get inside sebab kita masih ada urusan." Arah Qiel. Urusan apa lagi yang kami ada? Nak uruskan penceraian? Agaknya inilah takdir rumah tangga kami...Hmmm.. Dengan langkah yang lemah aku melangkah masuk ke dalam rumah juga menurutkan kata suami.Sementara talak masih belum terlafaz , biarlah aku turut sebelum menambah dosa yang sedia ada . Qiel duduk di sofa sambil memegang sesuatu.Aku amati dengan bersungguh. Kotak cincin! Mesti nak tunjuk cincin dia dengan Kak Ija kan? Hmmm... Sabarlah wahai hati! "Cuba Qish tengok ni.Cantikkan cin

CHAPTER 2

"Mana Qish tahu yang abang dengan kak Ija? Qish dengar dari mana ni? Abang  memang rapat dengan kak Ija tapi kami kan sepupu je.Tak lebih dari tu." Abang Qiel memberikan penjelasan. Aku masih tersesak di pangkuan Abang Qiel. Masih sangsi dengan apa yang dinyatakan oleh abang Qiel. Peristiwa tempoh hari masih berlegar di minda aku ketika aku terserempak abang Qiel dengan Kak Ija di Mall.Mesra sangat.Bukan macam sepupu je tapi lebih dari tu.Dah macam loving couple! Aku lantas bangun dari peluan abang Qiel. "Never lied to me abang! Abang ingat Qish tak nampak apa yang abang buat belakang Qish! cukup la selama ni abang tak penah nak balik lansung rumah ni.Tak pernah nak tanya khabar Qish, Selalu biar Qish balik rumah parents Qish sorang-sorang pastu tipu mak ayah yang abang busy oncall.. Abang ingat Qish ni APA?!" Segalanya aku hamburkan pada Abang Qiel.Lega rasanya dapat cakap macam tu.Biar dia tahu sikit.! "Siapa yang buat cerita ni Qish?"

CHAPTER 1

Ini adalah kisah hidup aku.... Chapter 1 Dia merenung aku lama.Menantikan aku berkata sesuatu namun tiada yang mampu aku luahkan dalam situasi sebegini.Apa yang harus lakukan kalau hanya aku yang dilihatnya sebagai seoarang pesalah. "I want something out from your mouth Qish.Not waiting like a dumb here! Tegas lelaki di hadapan aku ini. "Apa yang abang nak Qish cakap? Apa yang abang nak tau sangat pasal hubungan Qish dengan Sayed? Kami punya hubungan yang tak perlukan kertas kerja untuk dibentangkan pada abang! Bidas aku semula kepada Syed Qeil Haizy. Matanya mencerlung melihat aku setelah aku berkata demikian.Aku pun tak sangka yang aku boleh membalas kata-kata abang Qeil. "So, Qish dah berani lawan abang sekarang ni? Qish tahu tak dengan siapa yang Qish cakap ni? SUAMI QISHAL JUNIA ! " Sudah keluar ayat keramat abang Qiel setiap kali kami bergaduh. "So, abang Qiel? Have you ever thought that you owned a wife in this big, empty, lonely

IRISH part 9

Aku membersihkan diri di bilik tetamu yang berada di tingkat bawah rumah Adam itu. Takkan nak cakap rumah aku dan Adam pulak kan? Dia pun tak sebut apa-apa pasal tu. Aku merehatkan diri di hadapan tv yang sebesar 42 inci. Adam ni semuanya beli yang besar besar.. Peti sejuk besar, tv besar, katil besar pintu rumah besar.Rumah jangan kata la...Lagi besar! Kalau tak besar macam mana semuabarang-barang besar tu nak muat kan? Rasa lucu lah pulok! Adam turun dari tingkat atas dengan T-shirt Polo dan berkain pelekat. Mak ai! Haruman jenama Ralp Lauren melekat di tubuhnya Adam.. Bak kata iklan Stacy : WANGI ! "Going somewhere MR.Hubby? " ...  Soalan lantas dikemukakan.. "Apa maksud sayang? Pergi mana dengan T-shirt biasa dengan kain pelekat ni? Masjid kot la tapi pakai seluar la bukannya kain.." Adam membalas pertanyaan ku dengan nada pelik. "Yelah..Wangi semacam je.Kot la nak pergi berdating dengan Aminah pulak!" HAH! Apa kena kau ni Irish?

IRISH part 9

"Aku period.. Sorry..Tak boleh jemaah sekali." Adam hanya tersenyum apabila aku dengan selamba menuturkan yang aku tidak boleh bersolat kerana cuti yang Allah berikan untuk kaum wanita itu. Lantak la.Adam kan suami aku.So, serba sedikit dia kena tau pasal aku. Kata cintakan aku bagai, takkan perkara macam ni pun nak rahsia kan! "Malam ni aku balik rumah aku kan? Kau pulak tidur kat rumah ni?" Aku menyoal Adam kerana musykil tentang rancangan Adam malam itu. "Eh...Apa pulak sayang balik rumah mama? Tu katil kat atas tu yang besar gedabak takkan abang sorang je yang tidur? Agak-agak la.!" Adam menuturkan rasa tidak puas hatinya.Dia mencebik wajah tanda protes. Tergelak aku dengan perangai Adam yang seperti budak-budak 7 tahun. "Hudoh la kau merajuk macam tu...Mummy kau tak ada la kat sini nak pujuk. Sape suruh kau beli katil besar sangat tu? Membazir betul lah!" Aku pun nak protes jugak! "Abang tak mau mummy yang pujuk

IRSH

"Ehh...Cantiknya rumah kau ni Irish.Somehow aku rasa design rumah ni macam yang aku sketch untuk rumah idaman aku.Tapi entah kenapa Khairul ,abang aku yang paling 'cekap' tu boleh bagi hilang sketch tu lepas dia tengok." Sengaja aku menyelar Adam.Nampak sangat muka dia berubah lepas aku sebut pasal sketch tu. hehehe.... "Man...Mana aku tahu.Sketch tu aku jumpa atas meja aku besert sekeping memo.. Macam ni bunyinya.... Dear Adam..Inilah ciri-ciri lanskap rumah yang bakal bini kau sketch.Dia cakap dekat aku aka abang ipar kau (walaupun tak jadi lagi) yang dia nak sangat design macam ni. So, kau aplikasikanlah rekaan bakal bini kau yang vavavoom ni kat rumah yang kau beli hujung taman perumahan aku tu ye. P/s : terkejut macam mana aku boleh tau? Ini abang ipar kau ok! Macam tu la abang ipar abang aka Khairul bagi sketch kat abang." Gelak aku hampir terburai apabila Adam membuat memek muka membaca kembali memo yang diletakkan bersama sketch

sungguh aku cinta

"How old are you?" "Saya 16 tahun.Tapi umur bukanlah halangan untuk saya suka kat akak............." Terngiang-ngiang kenangan pahit itu mengulangi semula rakaman suara yang terjadi kepada Anis 7 tahun lalu ketika dia dalam tahun terakhir zaman persekolahanya. Sekarang Anis sudah berjaya.Anis sudah matang.Anis kini wanita ang disegani pada usia 24 tahun.Gelaran ulat buku atau 'geek' kini pergi jauh meninggalkan dirinya. Anis sekarang adalah seorang doktor pakar paling muda yang berkhidmat di hospital persendirian yang paling terkenal di ibu kota.Anis berjaya membuktikan 'geek' pun boleh bersosial seperti manusia biasa. Namun,Anis seperti menangkap figure seseorang yang dikenalinya 7 tahun lalu di tempat dia bertugas.Cuba membuang perasaan itu kerana lelaki itu sudah mati dalam dirinya. "Arghh..Letihya hari ni." Anis mengeluh.Yalah, on call selalu.dapat pulak klien yang cerewet. Tak boleh rawat macam ni la.Sakit la ..Padah

tak akan ku lepaskan

Sakit hati aku bila tengok Xander bergatal-gatalan dengan Janice. Tau la nak menunjuk yang awek kau tu lawa. HUH! Aku Haiz Amani.Xander tu sepupu aku yang tua tiga tahun.Malangnya kami satu universiti. Malangnya kami ni sepupu.Huargghh! MALANGNYA!! Nak tau kenapa aku rasa malang setiap kali dapat aku jumpa dia atau dapat sepupu macam dia? Sebabnya dia adalah manusia yang paling kejam di muka bumi ini kerana motif utama dia hidup di atas  muka bumi ini adalah untuk menrosakkan mood aku,menkucar-kacirkan hidup aku dan membuat aku sakit  jiwa . "Aku akan pastikan setiap hari kau hidup akan menjadi huru hara." Macam  tu la yang dia cakap. Entah macam mana la gerak hati aku boleh silap tadi..Selalunya gerak hati aku akan memberikan  hint yang tepat untuk aku mengelak dari terserempak dengan Xander si psiko! Tapi hint aku hari ini  seolah tidak berfungsi apabila aku terserempak jugak dengan Xander yang sedang buat date dengan Janice. Ratu univer