Mula Semula part 1

Jam berdetik dan terus berdetik. Mia Qasdyna melihat jam di tangan berselang seli dengan kertas Ekonomi Asas . Hari itu merupakan hari terakhir Mia menduduki peperiksaan SPM di SMK Johan.

"Bila la nak habis ni? Aku dah tak sabar tunggu ni." Mia bermonolog di dalam hati tatkala memandang pengawas peperiksaan yang meronda di dalam dewan.Tanpa disedari Adam ralit melihat tingkah laku Mia yang duduk di sebelahnya.

"Baik, calon boleh berhenti menjawab.sila letakkan kertas di penjuru kanan meja untuk memudahkan pengawas mengutip kertas anda.Saya ucapkan selamat maju jaya dan terima kasih atas kerjasama pelajar semua sepanjang peperiksaan diadakan." Ucap ketua pengawas peperiksaan.Ayat yang sangat dinantikan oleh Mia seolah-olah ianya ayat keramat.

Sebaik sahaja calon SPM 2012 dibenarkan meninggalkan dewan.kedengaran laungan merdeka sebanyak 7 kali oleh ketua pelajar Ahmad Sulhi..Sulhi kalau bab-bab habis exam ni dialah yang paling advance.Mia hanya mampu tersenyum melihat telatah Sulhi.

Mata Mia terpaku pada Adam.Adam sedang meraikan dengan Syifa aka awek baru.Cehh 'ada aku kisah' ejek Mia dalam hatinya.. Mia agak terkilan sebab Adam dulu pernah bertakhta di hatinya, pernah menaburkan ayat-ayat jiwang yang membuatka hati Mia berbunga-bunga, tapi itu dulu sebelum Adam sendiri
menaburkan ayat-ayat yang sama pada perempuan lain.

"Argghhh..Arghh.."Mia menjerit kepuasan setelah tamat exam. "Woi Miareng , dah tak betul ke? atau nak aku telefon HBTR terus? usik Nara merangkap buddiez Mia.

"Amboi-amboi sedap sedap panggil Miareng.Dah gamaknya mulut tu tak sayang kot?" bebel Mia dengan perasaan yang agak marah..Ala marah-marah sayang gitu.

"Mia jom pi Tesco.Aku belanja hang makan KFC.Nak ke tidak?" Tawar Nara dengan bersungguh-sungguh.Dia tahu yang si Mia ni hantu ayam goreng.kebetulan abah ada bagi duit lebih buat celebrate sebab abah dengan mak pegri hospital tengok kak long Nara melahirkan baby girl yang comel.


"K.F.C ? Bunyinya sangat menarik ya cik Nara. Aku sebenarnya nak ajak kau pergi Pizza Hut tapi disebabkan kau dah sebut ayam goreng kesayangan aku, maka terpaksalah aku menolak Pizza Hut itu."
Ujar Mia yang tersengih bagai kerang busuk.

"Banyaklah cekadak kau Pizza Hut.kalau Domino aku layan la. Eh! pukul berapa ni? Tak jadilah kita keluar petang ni Mia, dah lewat sangat ni.Malam nanti aku ambik kau ok.Aku datang dengan drebar tak bergaji aku si Farhan yang baik.Ohohoho."Nara terkekek-kekek ketawakan abang dia yang mudah dibuli iaitu Farhan .

Setelah membuat perjajian iaitu Nara akan menjemput Mia malam nanti pukul 8.00 malam.Mia menyusun langkah untuk pulang.Jarak sekolah dari rumah Mia tidaklah jauh mana pun.Mia lebih selesa berjalan daripada menyusahkan walid untuk menghantar dan si pemalas Azmi untuk menjemput.Tahu sangat yang abangnya sorang tu asyik keluar dating je memanjang dengan kak Dura sejak balik dari study oversea ni.

Mia mengelamun seorang diri sepanjang perjalanan.Adam hanya mengekori Mia dari belakang.Takut Mia akan lari bila Mia nampak dia.Tahu sajalah Mia tu ratu pecut sekolah.Seluar ke ,kain sekolah ke Mia redah je asalkan lari.Pernah Mia gamatkan sekolah bila dia terpaksa gantikan Yuna sebab Yuna terseliuh.Kebetulan Mia tak ada latihan hari tu jadi dia belajar macam  biasa .Mia naikkan kain sekolahnya hingga ke paras buku lali kemudian dia terus pecut.Macam biasa .Mia la juara.

Tapi semua tu dulu .Enam bulan yang dulu masa Mia adalah ratunya.Adam tergelak mengenangkan saat dia bersama Mia.Sangat indah.

Mia pusing ke belakang bila mendengar ada orang ketawa.Adam! Mia cepat cepat cabut lari bila Adam nampak Mia melihatnya..

"Mia Qasdina.kenapa lari?" Adam menjerit ."Saya cuma berjalan belakang awak la.Bukannya kacau awak pun." Adam teriak lagi.Mia pekakkan telinga dan terus masuk ke dalam rumah.Adam ni sebenarnya tinggal di sebelah rumah Mia.Adam ni memang dah geng la dengan Azmi si abang Mia ni.


"Apesal dengan Adam tu Mia? Dah macam orang meroyan jerit panggil kau.Entah entah kau skandal dia eh Mia?" Azmi mula mengusik Mia.Gila kuat kot si Adam tu menjerit,kalah aku yang menjerit kat Mia selalu.

Wei abang.kau cakap elok-elok sikit ok.Aku benci la Adam tu.Kau tau ape yang dia pernah buat kat aku? Tak tau kan. so baik kau dok diam ok." Mia memberi amaran.

Azmi hanya geleng kepala.Mia mia ,ape la kau ni.aku cakap je kau nak marah.Heshh.Namun Azmi hanya melepaskan di hati.Kalau cakapkan takut Mia mengamuk pulak.Dia tak nak bukak gelanggang WWF dengan Mia.Mia ni boleh buat Azmi macam punching bag woo.badan je kecik tapi kuat nak mampus..simpang malaikat 44.

Comments

Popular posts from this blog

IRISH part 7

IRISH

CHAPTER 3