Mula Semula part 2

"Mia, oh Mia .Aku dah sampai ni.Cepat la.Karang penuh pulak tempat ayang goreng kau tu." Ngomel Nara sebaik tiba di rumah Mia.Mia kaget dengan panggilan Nara.'ishh, tak menyempat-nyempat budak Nara ni.'Bebel Mia di dalam hati, namun dengan cepat dia bersiap,takut Nara buat onar pulak dengan Adam , bahankan dia.Tak boleh jadi ni.

"Ya Allah Adam, kau buat apa dalam gelap tu?.Nak cari modal bahankan aku ek? Tak payahlah ye .Baik kau masuk geng aku bahankan si Mia" Nara dengan panjang lebarnya berleter pada Adam.

Adam hanya geleng kepala melihat kelakuan Nara."Apelah kau ni Nara.Membebel 24 jam.Pot pet pot pet.Ribut pun tahu berhenti.Haissh".keluh Adam.

"Kau nak pergi mana ni? nak gi celebrate ke? nak join boleh?" Adam bertanya dengan penuh mengharap sambil membuat mata cute.

"Kalau kau ajak orang sebelah rumah aku Nara,aku tak mau pi.Hang pi ja dengan dia.Aku tengok cerita Full House Take 2 lagi syok .Tu pun kalau kau nak ajak dia la." Mia yang muncul secara tiba-tiba memberi amaran keras.

Ayoyo Mia dah bagi warning la.Aku pun baru je nak ajak Adam pergi sekali.Ramai-ramai baru meriah
Macam mana ni? Ditelan mati mummy diluah mati daddy..Susah susah.Sampai peribahasa pun dah kacau bilau.

"Eh Mia ,jangan la macam ni.Kesian Adam.Kau tak kesian ke hah?'' Nara meminta belas Mia untuk membenarkan Adam ikut serta.

"Dia takut dengan aku kot Nara? Takut jatuh hati kat aku lagi lepas dia minta putus . Aku rasa macam tu la."Adam sengaja menaikkan kemarahan Mia.Dilihatnya Mia mengerutkan dahi tanda pelik.

"Woi laki.Aku tak heranla dengan laki macam kau.Ingat aku hadap sangat nak jatuh hati lagi kat kau.Nasib baik aku minta putus awal-awal.Dasar playboy aka buaya." Mia membalas serangan Adam.

Adam kaget mendengar butir bicara Mia.Rasa tak percaya dengan apa yang keluar dari bibir mungil itu.Jadi, Mia dah tahu yang dia mula-mula curang dengan Syifa sebab tu Mia minta putus.Adam hanya mampu diam.Dia sedar sebab Mia akan lari setiap kali berada dekat dengan dia.Jadi,dialah puncanya.

Mia lihat Adam hanya terdiam.'Dah kalah la tu'.omel Mia dalam hati. Timbul perasaan kasihan melihat Adam yang hanya diam.

"Weh jiran,ni peluang terakhir.Dah jom pergi celebrate sekali.Aku kesian tengok kau sorang sorang kat rumah.Nak harapkan si Azmi tu, kejap lagi nak pergi dating .Kerja malas,asyik berdating je kerjenya." Tawar Mia supaya Adam tidak berasa dengan kata-katanya tadi.

"Dasar kau Mia.Apa kau ingat aku ni malas sangat ke? Bukannya aku yang pergi cari kerja.Kerja cari aku.Nama pun family bussiness.Esok aku pergi la kerja dengan walid."Bebel Azmi di ambang pintu dengan sekacak-kacaknya yang hampir menyerupai Lee Dong Wook.

Nara yang selama ini menjadi penonton kepada gelanggang debat tidak rasmi ini mengerling pada jam yang setiap di tangannya. What! 9.39 minit malam!

Nara mula menaikkan oktafnya."Kalau korang nak sambung debat tidak rasmi ini,silakan tapi aku dah bukak konsert dalam perut ni yang tengah nyanyi lagu makan.Siapa yang rasa nak ikut silakanlah ya."

Adam yang sudah siap ala kadar mengambil tempat di sebelah pemandu iaitu abang Firdaus.kesian Firdaus kena jadi drebar.Lepas tu kena dengar debat pulak. "sorry abang,lama tunggu."  Adam meminta maaf.

"No hal la Adam.Dah biasa dah jadi kuli si Nara ni." Firdaus membalas dengan lembut.Nara dan Mia turut mengambil tempat  di dalam BMW 3 Series itu. Azmi hanya memerhatikan dari pintu pagar sambil melambaikan tangan.

Sampainya di KFC , Nara mengarahkan Adam membuat pesanan.Adam hanya menurut tanpa bantahan dan menarik tangan Mia ke kaunter.Mia hanya menurut kerana merasakan yang dia hanya diperlukan untuk mengangkat dulang makanan.Sementara menunggu makanan siap oleh pekerja KFC, mata Mia tertangkap kelibat Syifa.Kelihatan Syifa turut memandang ke arah dia dan Adam.

"Adam,you buat apa kat sini? You ikut I ek?'' Syifa mengeluarkan suaranya yang paling meloyakan tekak Mia. Tanpa manghiraukan Mia di situ dia boleh menggedik dengan Adam.Adam? Biasalah kucing jantan mana menolak kan bila kucing betina dekat.

"Cik,makanan dah siap.semuanya RM50.50.Adam yang mendengar segera membayar lalu mengangkat dulang ke meja yang diduduki Nara dan Firdaus.Syifa hanya memandang Adam yang tidak mengiraukan dia.
Pelik la Adam hari ni.Syifa melihat Mia yang duduk di sebelah Adam dengan pandangan tidak puas hati.

Comments

Popular posts from this blog

IRISH part 7

IRISH

CHAPTER 3