Abang Doktor part 7

" Kejamnya Elin panggil abang ikan.Ibu dah bagi nama abang sedap-sedap Ikhwan,persaudaraan.Kalau kita kahwin nanti kita mengeratkan lagi persaudaraan mak kita kan Elin?" Ikhwan menerangkan kepada Adelin dengan satu sengihan yang manis la kot.Manis macam susu pekat F&N.Manis sangat tak baik, boleh kena sweet urine.

"Apa Elin? Nama orang Ad la.Elin tu zaman sebelum sekolah menengah.Tak brutal ar pakai nama Elin tu.Nanti orang gelak. Lagi satu,banyak la kahwin. I'm JUST 17!!! Take note ok Ikhwan." Adelin marah.

Ikhwan melihat Adelin yang merenung ke arah padang yang luas.Ikhwan membawa Adelin ke padang ragut rumput lembu.Tak senonoh betul la si ikan ni.Nak berbincang pun kat tempat macam ni.Asal tak pergi BR ke, A&W ke,boleh jugak si Ad ni merasa Root Beer tu.Sedap.Dasar kedekut,Belum kahwin dah jadi HJ BAKHIL! Benci la!!

"Tak salah kan abang nak pinang Elin awal-awal?Abang cuma nak ikat Elin dengan abang sorang je.Maklumla sayangkan ramai peminat.Brutal-brutal pun secret admires beratur kan? Abang tak suka Elin tukar jadi Ad.Abang benci.Sebab Ad tak pernah nak contact abang sepanjang abang kat Ireland. 5 tahun abang merana kerinduan sebab Ad punya merajuk.Abang nak Elin yang manja dengan Abang.Elin yang selalu mintak abang pujuk kalau merajuk.Abang sayang Elin sorang je.Abang tak mau AD!!!" Ikhwan hampir menangis apabila meluahkan kata-kata tersebut.

Adelin yang menyedari perubahan suara Ikhwan lantas beralih pandang ke arah Ikhwan. Dia terkejut melihat air mata Ikhwan yang mengalir.Ish Ikhwan ni,buat aku lemah je.Dia ni pandai tau buat aku cair dengan air mata dia.benci ar.Dah la tadi dia nak buat aku menangis dengan pengakuan dia, alih-alih dia yang menangis dulu.Apa punya lelaki la dia ni.

"Apa ni Ikhwan nangis-nangis,sepatutnya Ad yang nangis tau dengar Ikhwan cakap macam tu.Ikhwan ingat selama ni Ad tak rindu Ikhwan ke? Ad tahan tau.Ad nak buktikan yang Ad mampu hidup tanpa Ikhwan.Malu la Ad kalau Ad asyik tepon Ikhwan je sebab rindu. Adelin pun meluahkan isi hatinya yang terpendam.Tapi tidak semua kerana ada satu rahsia yang Adelin simpan kemas di jauh lubuk hati.

Ikhwan mengangkat mukanya memandang Adelin.Adelin pun turut menangis. Ikhwan buat trick je nak tengok macam mana Ad ni masih sayang kan dia atau tidak..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

IRISH part 7

IRISH

CHAPTER 3