Akhir sehingga Jannah

Dia pernah cakapkan yang dia sudah benci aku sejak kali pertama dia berjumpa
denganku.

Tapi....

Hari ini dia ada di sini.Duduk di hadapan Abahku.Menunggu untuk melafazkan akad terhadap
diriku.Aku pula hanya duduk di suatu sudut bersama-sama ahli keluargaku yang lain.
Mereka semua kelihatan sangat gembira.

Namun........

Mereka tidak tahu apakah yang bermain di hatiku kala ini.
Melihat Dia yang tersenyum mengadap abah seolah dia
rela mengahwiniku.Aku tidak tahu punca utama dia melamarku dahulu.

Abah genggam tangannya Dia.Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi milik...

Alfian Alaxander...Lelaki kacukan Inggeris-Melayu yang kutemui sewaktu menuntut
di UIA.Dia seniorku.Senior yang paling membenciku sejak pertama kali aku
menjejakkan kaki di situ.

Dia kenalan abah.Abah dan walidnya Dia bersahabat dari zaman sekolah lagi.
Abah banyak bersama walid Alfian semasa susah dan senang.Mereka sangat
akrab bagai isi dan kuku.

Aku mengenali Alfian hanya ketika di universiti lagi.Dia merupakan senior tahun akhir
ketika itu.Dia sangat kacak, tapi dia pandai menyembunyikan ketampanannya di
sebalik seraut wajah yang garang.Semua freshie waktu itu sangat takutkan Alfian.

" Hawa, apa yang di menungkan tu? Alfian ada depan mata dah ni hah! 
Tak larinya budak tu.Cepat, hulurkan jari kamu " Suara mama menghilangkan
memori tiga tahun lalu.Aku hulurkan tangan dan Alfian menyarungkan cincin
Platinum bertatahkan berlian di jariku.Maklumlah, Pakar IT pakar Teknologi...Duit mana
yang tak banyak.

Aku cium tangan Dia.

Hangat....

Dia mencium dahiku dan senyum kepadaku.Aku tahu dia terpaksa.Bukan dari
orang tuanya yang memaksa dia menikahiku tapi kerana dendamnya.

YA!

Dia sangat berdendam denganku.Puncanya aku sendiri tidak tahu.Aku sering
disalahkan untuk segalanya.Dia pandai menyembunyikan sesuatu hal bila
orang tuanya masuk campur.

Aku hanya senyum kembali bila sesudah dia mengangkat mukanya dari mukaku.
Majlis hanya diadakan seringkas mungkin.Hanya sekadar cukup syarat untuk
memaklumkan pernikahan kami.Aku yang minta.

Usai majlis,Aku naik ke bilik untuk solat Maghrib.Bilik air di dalam bilikku digunakan oleh
Alfian agaknya kerana bunyi air yang mencurah kedengaran.Aku berlalu keluar untuk menggunakan
bilik air lain kerana waktu Maghrib hanya menunggu waktu untuk berlalu.

"Tak payah keluar.Aku dah siap. Cepat sikit.Kita jemaah sekali." Alfian memecahkan
kesunyian.

Aku menyusup masuk ke dalam bilik air dan mempercepatkan mandi dan berwuduk.
Sesudah keluar dari bilik air, aku lihat Alfian sudah siap berkain pelekat dan berbaju
melayu menunggu di tikar sembahyang.

KACAKNYA!

Aku cepat-cepat menyarungkan telekung dan duduk di belakang Alfian.
Solat Maghrib yang pertama bersama seorang manusia yang bergelar suami.

Usai solat,aku ingin turun ke bawah untuk membantu apa yang patut namun dihalang oleh
Alfian.Dia menarik tanganku kuat dan mengheretku ke katil.

"Ap...Apa yang kau nak buat ni?" Aku sudah naik gelabah bila Alfian tiba-tiba
membuka bajunya.

"Bukan ke ini yang  kau nak selama ini? Memiliki tubuh aku ? " Alfian berkata-kata
lalu tangannya dicengkamkan pada daguku supaya aku menatap wajahnya.

Aku menguatkan rontaan namun apa yang aku peroleh ialah....

PANG!

Satu tamparan yang hinggap di pipiku.Aku terpana.Alfian mula mencumbuiku dengan rakus
seperti seorang perogol.

YA! Dia sedang merogol aku.Bukan ini yang aku mahu bersamanya.Cinta aku
bukan berlandaskan nafsu.Sungguh aku benci dengan Alfian sekarang!

Aku hanya menahan tangis dengan perbuatan Alfian terhadapku.Dia memperlakukan aku
mengikut kemahuan dia sewenang-wenangnya.

Apabila Azan berkumandang untuk solat Isya, dia berhenti.Dia berjalan menuju ke bilik
air seperti tiada apa yang berlaku.Aku dibiarkan tanpa dipedulikan.Aku hanya mampu menangis
dan menangis.


"Hoi, bangun solat.tu belum apa-apa lagi yang aku buat dekat engkau.Sikit-sikit nangis."
Aku bangun dan menuju ke bilik air.

Mataku terlihat tompokan merah yang elok dicorakkan di atas cadar.Aku menarik cadar tersebut
dan membawanya untuk di basuh.

3 BULAN KEMUDIAN....

Pejam celik pejam celik hampir tiga bulan aku berkahwin dengan Alfian.Kehidupan
aku sekarang tidak ubah seperti perempuan simpanan yang didera setiap kali aku tidak
dapat memenuhi kemahuannya.

Lebam-lebam di badan tidak pernah sembuh kerana sering ditambah dengan pukulan.

Aku sendiri tidak tahu kenapa Alfian berubah sebegini teruk.Zaman universiti dahulu lebih baik
dari sekarang

Tapi, sekurang-kurangnya dia bukan kaki perempuan dan pemabuk.Alhamdulillah.
Dia pulang dari kerja dalam keadaan marah-marah.Dia melepaskan kemarahannya
itu terhadapku, sekali lagi.

Namun,aku tidak dapat menerima kemarahannya kali ini.Aku tidak kuat.Tiba-tiba sahaja aku
pitam.Segalanya kelam!

Aku bangun dengan suara orang yang membingitkan telingaku.

"Saya di mana?"

Aku bertanya setelah merasakan keadaan bilik yang cukup asing dengan ku.

"Hawa di hospital.Alfian yang bawa.Katanya Hawa stress kerja sampai pitam.
Lain kali Hawa tak boleh kerja berat dah tau, Hawa ada baby dalam ni" Mama
menerangkan kepadaku sebab sambil menggosok perutku.

BABY?

Aku lihat ke arah Alfian, Dia hanya termenung di satu sudut tidak menghiraukan semua
yang berada di dalam wad.

Aku tak akan biarkan bakal anak aku disakiti oleh Alfian.
Biarlah aku sorang.Aku mesti lari dari Alfian
untuk keselamatan anak aku.Aku tak sanggup anak aku sakit.

Mataku melirik ke arah alongku ..

"Along, tolong bawa Hawa pergi tandas kejap. " Ada hasrat yang ingin aku katakan pada along
di sebalik ajakan .

Along mengetahui keadaan rumah tanggaku kerana dia terlihat kesan-kesan calar dan lebam
di tanganku.Dia mendesak aku menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.Along mengugut
akan memberitahu mama jika aku masih berdiam diri.

"Along, along mesti tolong Hawa lari along.Hawa nak lari along." Aku meluahkan
hasrat aku yang sebenarnya terhadap along.

"Biar betul Hawa.Tak menyesal ke ni? Aku membalas jawapan along dengan anggukan.

"Hawa tak nak baby Hawa sakit macam Hawa nanti.Kesian dia nanti kan lon?"
Aku mengusap-usap perutku yang masih kempis.

"Nanti along cakap dengan Abang Fakhrie.Along akan buat yang termampu untuk 
adik along." Along memberikan jaminan untuk menolongku.

Apabila keluar dari bilik air, aku lihat Alfian tidak ada di dalam bilik.Aku bertanya kepada
abang Fakhrie dan dia memberitahu bahawa Alfian pulang untuk menguruskan beberapa hal
yang penting.Kesempatan ini along ambil untuk memberitahu Abang Fakhrie tentang
rancangan kami setelah mama pulang.

Abang Fakhrie tidak terkejut apabila along memberitahunya kerana dia sedia maklum.
Dia akan membantuku.

Aku selongkar beg tanganku yang Alfian bawa bersama.Semua cukup lengkap termasuk
pasportku.Alhamdulillah.Nampaknya rancangan ku akan berjalan dengan lancar.

Hari yang aku dimasukkan ke hospital,Aku lari.
Along membawaku keluar dengan sedikit penyamaran.
Bertembung dengan Alfian di pintu utama membuatkan aku berdebar namun
dia tidak perasaan akan kehadiranku.

Cepat-cepat aku menuju ke kereta along dan abang Fakhrie dan kereta itu terus meluncur pergi
sebaik penumpangnya ada.Inilah kali terakhir aku melihat Alfian.

Selamat tinggal suamiku.........

7 BULAN KEMUDIAN...


Kandunganku sudah berusia 7 bulan.Perutku yang besar agak menyukarkan pergerakanku.
Kembar yang aku kandungkan.

Aku berjalan taman yang berdekatan rumah sewaku di bumi China ini.Sangat sejuk kerana soltis
musim sejuk sudah tiba.Rata - rata manusia yang aku jumpa melemparkan senyuman.Senang sekali
perasaan ini.

Fikiranku tiba-tiba melayang mengingatkan Alfian.Apa khabar dia sekarang ya?
Sihat ke tidak?
Aku tidak tahu kerana malas bertanya kepada along dan malas mendengar apabila
along ingin bercakap soal Alfian.
Bukan aku sudak tidak cintakan Alfian.Cinta ini masih kuat di hatiku.Namun,
mengenangkan perbuatan Alfian kepadaku selama ini membuatku tawar hati terhadap dia.

Susuk tubuh yang berada di hadapan rumahku amat memeranjatkan.

ALFIAN!

Bagaimana dia tahu ? Along?

" Sayang" 

Alfian menyeruku.Aku tergamam dan terkejut bila dia tiba-tba melutut.
Sambil menangis, dia meminta maaf kepada ku atas semua perbuatannya selama
ini.
Aku hanya mampu statik disitu.

"Apa yang awak buat kat sini Alfi?" 

"Apa maksud sayang?"

"Awak tahu apa maksud saya!"

"Abang datang nak bawak sayang dan anak-anak balik Malaysia la."

"Balik untuk kena dera lagi? Saya tak nak! "

"Saya tak akan buat awak macam tu lagi Hawa.Saya betul-betul sayangkan awak"

"Betul Hawa." Suara along yang muncul dari mana ntah.aku sendiri bengung.

"Apa- apa dulu kita masuk.Buat malu je berdrama free kat luar ni.Dah la sejuk." 
Aku menjemput semua masuk.

Along menarikku masuk kedalam bilikku.

"Betul Hawa apa yang along cakap tadi, Betul. Sejak Hawa lari,dia macam 
orang tak betul.Semua orang dia tanya, mana Hawa , mana Hawa.Along pun serba salah
nak cakap.Sebabkan perbuatan dia kat Hawa yang asyik flashback , along diamkan saja.
Mama bising dan ibu Alfian pun bising tanya mana Hawa.Dia tak tahan asyik kena
tanya dia cakap Hawa lari.Semua terkejut Wa. Papa dia tampar muka dia Wa sebab 
marah sangat.Papa dia macam tahu je perbuatan anak dia dekat Hawa.Ibu Alfian marahla
sebab papa dia tampar dia.Lepas papa dia cerita Ibu Alfian pulak tibai dia.Kesian
dia Wa time tuTapi nak buat macam mana.Abah masa tu diam je Wa.Tiba-tiba abah cakap
suruh Alfian ceraikan Hawa.Abah cakap dia bagi anak perempuan dia untuk dijaga bukan 
jadi punching bag.Alfian merayu kat kaki abah cakap jangan bagi dia bercerai dengan
Hawa.Abah hampir nangis Wa lepas tahu dari mulut papa Alfian apa yang dia buat kat 
Hawa selama ini.Abah hampir menyesal sebab dia kahwinkan Hawa dengan Alfian."

Penerangan along yang panjang lebar membuatku terkedu. Sampai macam tu sekali semua
orang layan Alfian.

Aku keluar dengan along dari bilikku.Aku lihat Alfia semakin susut badannya.Mukanya juga cengkung
tapi matanya bersinar-sinar kembali.Tiada lagi kemarahan yang terpancar dari matanya.Aku jadi
leka melihat dia.

Setelah aku fikir masak semasaknya, aku bersetuju kembali semula ke Malaysia.Alfian
yang mengurus semua.Aku tidak dibenarkan tinggal bersama Alfian di rumah kami
tapi tinggal di rumah ibu mertuaku.

Alfian membeli segala keperluanku sebagai seorang ibu.pakaian bayi, botol susu.macam-macam.
Dia sekarang sudah jauh berubah.Syukurlah.

Anak kembarku selamat dilahirkan dan Alfian yang menyambutnya.Dalam keletihan, aku
sempat melihat wajah Alfian yang gembira menyambut darah dagingnya yang aku lahirkan.
Aku turut tersenyum.

Ya Allah, Semoga kami kekal sehingga ke akhirnya dan di JANNAH!....


Comments

  1. Salam. .. jln cte okay .. tp ad yg x jelas.. knp Alfian slalu pukul hawa... ending pun mcm ter kejar2... btw bule tukar background x??? X tau la klu sy je yg nmpak mcm nie (line Black n white)..sgt serabut n x jelas bile membaca..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IRISH part 7

IRISH

CHAPTER 3