Cinta ke Akhirnya

" Abang, orang pun nak naik jugak basikal.Carry la orang kat belakang.
Sarah mengikut Hanif dari belakang ketika Hanif sedang menunggang basikal.

"Kacau je lah Sarah ni.Pergi balik.Budak perempuan tak boleh main dengan 
budak lelaki.Haram." Hanif bersuara garang ingin mengusir Sarah pulang.Dia takut nanti
Sarah terjadi apa-apa pula.

"Ala.... Sarah nak ikut jugak. Abangkan abang Sarah.Boleh jaga Sarah apa." Sarah
masih berdegil.

Sarah mengambil kesempatan naik di belakang basilkal Hanif.Dia menunjukkan muka
menang sambil menjelirkan lidah terhadap Hanif.

"Wekk ! " 

Hanif hanya menggeleng melihat telatah Sarah.Dia biarkan Sarah dibelakang dan dia mula
mengayuh.Sarah senang sekali mengikut Hanif pusing mengelilingi taman perumahan mereka.

Sarah sangat sayangkan Hanif.Dia sudah menganggap Hanif sebagai abangnya sendiri.
Ketika itu umur Hanif 12 tahun dan Sarah 9 tahun.

mereka mula terpisah ketika Hanif diterima masuk ke sekolah berasrama. Ini menyebabkan
peluang untuk Sarah bertemu Hanif semakin kurang.Lama-kelamaan Sarah semakin lupa
dengan kehadiran Hanif ketika dia mula menginjak alam remaja dan semakin membesar.

4 TAHUN BERLALU..........

Sarah sudah berpindah dari taman perumahan lamanya.Dia kini menetap jauh dari perumahan lamanya.
Masih di negeri yang sama.

Sarah dan keluarga masih mengunjungi keluarga Hanif kerana mereka erat dengan
keluarga Sarah.Setiap kali raya pun Sarah akan pergi namun Hanif tidak pernah ada di rumah
kerana pengajiannya yang jauh.

Sarah tidak merasa hampa kerana kenangan Hanif dan dia semakin pudar dari ingatan yang
setiap hari diisi dengan memori baru.Dia jarang mendengar khabar tentang Hanif.

Semasa ayah Sarah mengadakan kenduri kahwin pakcik Sarah, Keluarga Hanif datang
membantu.Yang mengejutkan Sarah ialah Hanif turut mengikuti ibu bapanya.Hanif
dipandangan mata Sarah sangat berbeza dengan yang dilihatnya sewaktu kecil dahulu.

Hanif lansung tidak berubah.Perangainya masih sama.Meyakitkan hati dan mengusik.
Sarah dan Hanif hanya sebentar berbual sebentar sahaja.Kemudian, Hanif dan keluarganya pulang.

Keesokan harinya adalah kenduri.Sarah menunggu jika Hanif turut hadir tapi nampaknya tidak.Sarah
hanya melihat keluarga Hanif yang hadir.Sarah sedikit kecewa.

Pertemuan Sarah dan Hanif tempoh hari membuat Sarah terkenang kembali memori mereka
sewaktu kecil.Sarah selalu naik basikal Hanif kerana Sarah tiada basikal.Suatu hari,
basikal Hanif kena curi.Tapi, Hanif beli yang baru dan Sarah naik jugak basikal tu.

Bila Sarah terkenang kembali hal tu, dia tersenyum sorang-sorang.Macam orang
gila lah pulak.

Beberapa bulan selepas itu, Sarah pun dah tamat SPM.Sarah dan keluarganya ke kenduri kenalan
bapanya di satu homestay.

Sarah dan keluarganya tiba awal dan kelihatan sedikit orang yang hadir.Kedengaran kumpulan
marhaban sedang memanjatkan pujian buat ALLAH yang ESA.

Usai tamat doa,Sarah mengambil makanan.

"Sarah.tengok tu, Mat Hanif. " Mama Sarah menunjukkan arah di mana Hanif.

Sarah melihat kemudian menumpukan semula kepada makanannya.

'Makan lagi kenyang.' Gumam Sarah.


Sarah lihat Hanif menyapa bapanya dan adiknya di meja satu lagi.Sarah pula bersembang
dengan adiknya.Dia tidak mempedulikan keadaan sekeliling.
Kemudian, Hanif datang ke meja Sarah dan menyapa ibu Sarah.

"Bila habis belajar?" Mama bertanya Hanif.

"Insyaallah tahun depan." Hanif membalas.

"Hanif bujang ni mesti kena posting jauh.Kot-kot Sabah ke." 

"Ish tak nak la jauh-jauh.Kalau boleh nak area sini je."

"Tu la,kalau kahwin senang tak kena posting jauh-jauh. " Mama mengusik.

"Kahwin boleh tapi duit je yang masalah.Sarah senang la. Masuk meminang je.
Sarah mesti mahal kan.Ada dalam RM20000 tak hantaran? " Hanif mengusik Sarah.

Sarah hanya tersenyum malu mendengar ucapan Hanif.

'Biar betul orang tua ni?' Sarah menggumam dalam hati.

"Tak apa lah Hanif.Kami nak balik dulu." Mama meminta diri.

Itulah kali kedua Sarah berjumpa Hanif.


5 TAHUN KEMUDIAN............

"Sarah, ada orang masuk meminang Sarah." Mama memberitahu Sarah.

"Siapa ma?" Sarah sudah berdebar dalam hati.

"Hanif." 

"Hanif mana ? "

"Hanif jiran lama kita."


"Biar betul?'' Sarah tidak percaya.

Sarah tidak menyangka gurauan 5 tahun lalu merupakan perkara yang akan menjadi kenyataan
yang Mohd Hanif guraukan.

Ternyata mama menetapkan mas kahwin  sebanyak RM20000 seperti 5 tahun lalu.Sarah seperti tidak
percaya.Majlis akan diadakan 5 minggu dari sekarang.

Sarah belek cincin emas di jarinya.Dia bakal menjadi isteri Mohd Hanif.Rasa terkejut masih
tidak hilang di hatinya.

" Aku terima nikahnya Sarah bt Nordin dengan mas kahwinnya RM20000 tunai".

Dengan sekali lafaz Sarah menjadi isteri Hanif.

Hanif menuju ke arah Sarah untuk menyarungkan cincin.

Sarah menyarungkan cincin ke jari Hanif lalu Hanif kucup dahi Sarah.

"selamat menjadi isteri abang Sarah."

Sarah tersenyum dan  flash camera menyimbahi adegan romantis Sarah dan Hanif di
majlis pernikahan mereka berdua.


p/s : sedikit pengalaman sendiri.Alam kanak -kanak Sarah ..

Comments

Popular posts from this blog

IRISH part 7

IRISH

CHAPTER 3