Danish Diana

Dia melihat jam di dinding.Majlis akad akan berlansung 10 minit lagi tapi bayang lelaki itu tidak kelihatan.Dah  orangnya tidak ada mestilah bayang pun tidak ada.Wakil keluarganya sudah sampai.Semua orang mundar mandir di dalam rumah menunggu bakal pengantin lelaki. Danish Firdaus masih tidak munculkan diri.

Diana Suraya,bakal pengantin perempuan itu hanya diam di atas katil yang dihias indah.Dia sudah menjangkakan yang Danish itu keras hati tapi tidaklah sampai macam ni.

"Ibu Mia,kalau Danish tak sampai lagi setengah jam, kita batalkan aje ye majlis ni.Nasib baik kita buat majlis tertutupkan . Senang tak payah malu kat sape-sape kalau batal." Diana mengungkapkan kata-kata itu dengan sebuah senyuman.

Puan Sri Ademia hanya terlopong mendengar ucapan yang keluar dati mulut Diana.Bukan dia seorang sahaja bahkan semua yang berada di dalam bilik itu turut memandang Diana dengan pandangan simpati.
Sebagai bakal Mertua kepada Diana,Puan Sri Ademia sangat kecewa dengan sikap anak lelakinya Danish.
Sampai hati Danish buat Diana macam ni.

Setengah jam berlalu dan kelibat Danish masih tidak kelihatan.Diana sudah tekad untuk pergi dari rumah itu jika Danish benar-benar tidak muncul.Beg yang sudah siap diisikan dengan baju dibawa keluar.Beg tangan diambil di atas almari.Tiada titisan air mata yang menemani Diana .

Abah hanya diam apabila melihat Diana menyorong beg keluar dari bilik.Tan Sri Hisyam juga begitu.Selaku bapa kepada Danish,dia gagal mendidik anaknya apabila Danish gagal menunaikan janji.

"Assalamualaikum.." Suara di muka pintu mengejutkan semua orang.Diana hanya mampu tersenyum apabila melihat Danish Firdaus yang ditunggu-tunggu oleh semua orang akhirnya sampai.

''Baguslah awak dah sampai Danish,masuklah.Abah dengan Uncle tengah tunggu awak.Sorry lah tapi bakal pengantin perempuan awak tak ada." Diana hanya selamba menjemput Danish masuk ke dalam rumah sambil melirik ke arah abahnya yang sudah naik angin.

Danish yang baru sampai faham dengan situasi sebab dia sengaja buat situasi begitu.Dia cukup benci melihat Diana yang hanya tersenyum apabila dikhabarkan akan menikah dengannya.Dia buat begitu sebab tak suka pada Diana yang dirasakan macam perosak hidupnya.Tapi yang dia hairan kenapa Diana kata yang bakal pengantin perempuan tak ada.? Sedangkan Diana yang akan kahwin dengan dia.

"Awak nak ke mana ni? Kita kan nak nikah hari ni?'' Danish bertanya seolah olah tidak bersalah.

"Nikah kepala hotak engkau,Engkau buat anak aku,aku,bapak engkau semua yang ada dalam rumah ni macam tunggul tunggu engkau datang,Eh Danish, engkau ingat aku ni apa hah? Tak sebab aku hormatkan bapak engkau,dah lama aku belasah kau ni." Abah yang begitu marah dengan ayat bodoh Danish.

Diana sudah malas nak berada di dalam rumah itu lantas mengarahkan abangnya Hairi untuk menghantarnya ke lapangan terbang.

"Abang Hairi,jom, hantar D pergi KLIA.flight D pukul 3.00 petang.Cepatlah,nanti lambat pulak." Diana sudah menunggu di luar rumah.

Danish yang tidak mengenali Hairi lantas menghalang lelaki itu daripada mendekati Diana.

"Eh..kau sape? Kenapa kau pulak yang nak hantar Diana? Korang nak pergi mana ni? Kau nak kahwin lari dengan perempuan curang tu ke hah JANTAN???????"
Danish mengajukan soalan yang merimaskan Hairi dan yang paling mencabarnya adalah perkataan curang yang ditujukan kepada Diana.

DUSSHH!!!

Satu tumbukan mengenai pipi kanan Danish.Danish hilang pertimbangan lalu jatuh ke lantai.

"Eh jantan bodoh yang tak sedar diri, yang kau panggil curang tu adik aku.Aku ni abang kandung dia. Hairi Xavier.Kau tu buta sangat dengan hal kau saja sampai hal bakal bini kau pun kau tak nak ambik tau.Adik aku macam tunggul tunggu kau .Setitis air mata pun tak keluar sebab kau buat macam ni kat dia .Aku bangga sebab dia cakap yang kau tak layak ditangisi oleh air mata dia.Aku syukur dapat adik yang macam ni cekal.Memang kau ni tak layak untuk  Diana Suraya aku."

Usai berkata-kata Hairi menarik tangan Diana Masuk ke dalam BMW Sport Diana.Danish hanya mampu melihat kereta itu meluncur laju jauh dari pandangan matanya sebelum dia beralih melihat Ibunya yang hanya mampu menggelengkan kepala melihat situasi barusan.

"Itulah akibatnya Danish.Kamu sombong dang sangat bongkak dengan semua orang yang ada di sekeliling kamu.Walid dah pesan jangan buat hal tapi kau buat jugak.Sekarang terserah kaulah nak buat macam mana ."

Tan Sri Hisyam terus beredar masuk ke dalam rumah bersama-sama abah Diana.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

IRISH part 7

IRISH

CHAPTER 3