Danish Diana

Di KLIA......


Hairi menghantar Diana dengan keadaan yang negatif.Dia begitu sedih dengan keputusan Diana yang ingin ke   Kedah untuk melarikan diri.Ya, dia tahu yang Diana ingin melarikan diri di sebalik alasan untuk sambung belajar di UITM MERBOK. Diana ingin lari dari semua orang yang dia kenal.Kesian Diana.

"D dah fikir masak-masak pasal hal ini? Kalau D ubah fikiran pun tak apa.Abang sedia sembunyikan D jauh dari semua orang sampai D sedia nak jumpa semua orang." Hairi memberikan cadangan buat Diana.

"D ok la.Lagipun D nak pergi pun bukannya lama.2 tahun je.Pejam celik pejam celik nanti abang tengok D dah sampai rumah." Diana menyedapkan hati Hairi. Diana sempat melirik ke arah mata Hairi yang merayu supaya dia jangan pergi.Dia kasihan dengan Hari tetapi ini adalah satu-satunya pilihan supaya dia kuat untuk teruskan hidup selepas apa  yang berlaku selama ini.Baginya, biarlah selepas ini dia sendiri yang menentukan masa depan dia sendiri.Masa depan Diana Suraya.

"Ye lah tu.Semua orang ingat D lari sampai ke luar negara nuh.Sampai ke New Zealand.Tapi bagus jugak kan.Keadaan tak akan jadi baik dengan cepat kalau D masih ada di rumah.Mesti si bregset Danish tu akan datang.Oppss..Salah sebut plak nama budak tu." Hairi menyedari kesilapan diri menyebut nama Danish di hadapan Diana.

"Oklah abang sayang, Flight D dah tiba masanya.D pergi dulu k.D akan balik nanti kalau ada cuti yang panjang sangat.Kalau D nak balik lah." Diana menarik begnya masuk balai berlepas sambil melambaikan tangan ke arah Hairi yang semakin jauh dari pandangan matanya.

Dari jauh, Danish melihat yang Diana masuk ke balai berlepas.Tak sia-sia dia mengikuti kereta Hairi.Dengan baju melayu yang masih tersarung di badannya, semua melemparkan pandangan aneh ke arahnya.Lantaklah.Diana seperti melihat kelibatnya namun Danish cepat-cepat menyembunyikan diri di balik dinding.Danish tahu ke mana arah Diana selepas ini.Kedah ya.! Akan ku jejak kau Diana!!

Danish cepat-cepat melangkah keluar dari KLIA.Namun malang tidak berbau apabila bertembung dengan Hairi yang pada masa yang sama melangkah keluar.

"Kau buat apa kat sini Danish?? Siapa yang bagitau kau D ada kat sini??" Hairi mengajukan soalan disamping mulai naik darah apabila melihat muka Danish di situ.

Danish cepat-cepat lari apabila menyedari perubahan suara Hairi yang mula menggerunkan.Lebih baik buka langkah seribu daripada dapat penumbuk number 2.

"Woi Danish,aku tengah cakap dengan kau ni.Mana nak pergi hah???" Hairi menjerit melihat Danish yang semakin jauh meninggalkannya.

Danish berhenti sebentar dengan jarak yang jauh dari Hairi lalu melaung.

"HAIRI, AKU NAK PIKAT DIANA SURAYA SEMULA ..AKU MOHON RESTU KAU YA!!!"

Comments

Popular posts from this blog

IRISH part 7

IRISH

CHAPTER 3