Danish Diana

Danish adalah pensyarah di UITM Merbok.Tempat Diana belajar.Tapi Diana tidak pernah mengetahui itu kerana Danish adalah pensyarah baru dan pensyarah termuda di situ. Danish bukanlah tidak suka pada Diana tetapi dia hanya sakit hati dengan Diana yang dirasakan tidak ada perasaan.Ialah,semuanya ibubapa yang tentukan.Macam Diana itu tidak boleh membuat pilihan sendiri.

Diana menyewa sebuah rumah yang berdekatan dengan tempat pengajiannya.Tambahan dengan kemudahan kereta yang sedia ada memudahkan lagi urusannya.Diana menyewa dengan Shila,sama universiti tapi berbeza aliran.

"Awal kau balik D? Kata hujung bulan ni baru sampai sini." Ujar Shila setelah melihat Diana yang pulang awal dari sepatutnya.

"Aku malas lepak KL lama-lama.Jammed sangat otak aku kat rumah.Dengan abangku Hairi yang over-protective setiap kali aku nak keluar.HUH!!!" Diana meluahkan rasa tidak puas hati dengan tingkah laku Hairi yang mengawalnya selama dia berada di rumah.

"Eh, hang tau tak, kat uni kita ada lecturer baru.Muda lagi habaq hiang! Tak silap aku baru 26 tahun.Dia mengajar course hang la weh! Untung hang D" Shila sangat teruja apabila menceritakan tentang pensyarah baru itu.

"Biaq pi la.Janji ilmu masuk.Jangan ilmu merapu dok mengorat sudah." Diana membalas dengan sindiran.

Kelas akan bermula pada minggu hadapan.Jadi,sepanjang cuti yang masih ada ini, Diana mengambil kesempatan untuk ke Tecso bagi membeli beberapa keperluan peribadi.Dia hanya seorang diri di sana apabila Shila tidak dapat menemani kerana perlu menguruskan sesuatu.

Mata Diana menilau mencari barang barang keperluannya di rak-rak yang ada.Tiba-tiba matanya tertangkap pada satu susuk tubuh yang seperti dikenali.

'Ah sudah,bala apa yang datang Tesco jugak nih? Jauhnya datang shopping mamat nieh.' Diana mengomel apabila seperti melihat kelibat Danish  yang turut berada di dalam pasaraya yang sama.Yang menyakitkan hati Diana ialah si Danish tu boleh siap berdating dengan beberapa orang awek.Macam kenal! Budak uni dia tu.!

Diana menghantar satu teks mesej kepada Danish...

Salam.Rancak nampak.tak jadi pasang satu hari tu dah plan pasang tiga untuk future? Ishh,dasyat la awak ni Danish.K bye.

Diana memastikan dirinya cukup tersorok dari pandangan Danish apabila dia menghantar mesej tersebut.Seperti yang dijangka, riak muka Danish berubah apabila melihat isi kandungan mesej tersebut lalu dipanjangkan leher menjenguk mencari insan yang dicari dalam ratusan manusia di Tesco itu. 

mana awak D?Awak ada kat sini? Saya nak jumpa awak.Urgent.

Diana menghiraukan mesej  tersebut.Tak sampai beberapa saat ada panggilan masuk dari Danish.Dibiarkan dan apabila panggilan itu berhenti,mod silent dihidupkan. Diana berlalu ke kaunter pembayaran untuk menyudahkan urusannya pada hari itu sekaligus mengelakkan Danish.

Danish tersenyum apabila melihat kelibat Diana yang menuju ke kaunter pembayaran.Nak mengelak ye D? Sorry sayang, Hari ni I tak akan biarkan..


Comments

Popular posts from this blog

IRISH part 7

IRISH

CHAPTER 3