Kita cipta kenangan baru ok!

"Hello Maira.Datang ambil I kat KLIA sekarang.I 'm home babeh! " 

Panggilan telefon yang aku baru terima tadi mengejutkan aku. Qalif Eidan sudah pulang ke Malaysia! Pada jam 3.00 pagi. Bala apa yang mamat ni bawak pulak.Tak boleh ke call driver papa jer ambik? HUH! Menyusahkan orang betul la mamat ni sorang.

Aku gagahi jugak untuk bangun dari tidur yang nyenyak dan mimpi yang indah.Sweater disarung ke tubuh dan kunci kereta dicapai.Sepanjang perjalanan ke KLIA, jalan sangat gelap dan hanya disirami lampu jalan yang menerangi sesetengah jalan.Takut menghantui aku sebentar.

Aku melangkah masuk ke dalam KLIA usai sampai.Namun,langkahku terhenti apabila melihat Qalif mesra berborak dengan seorang gadis yang tidak aku kenali.Aku sembunyikan diri di balik dinding dan mengintai Qalif dari jauh. Aku lihat dia mula mengeluarkan telefon bimbit Untuk menghubungiku barangkali.

I can't be always your
i only dream you from far
baby remind me if i near
so,i would't drown myself

Tepat jangkaanku.Aku membiarkan deringan pertama.Disusuli yang kedua baru aku jawab.

" Maira, where are you? Aku dah tunggu almost an hour? Tak rasa tangungjawab ke biar husband you tunggu lama-lama?'' Usai Qalif menyebut perkataan husband, aku mengintai melihat situasi Qalif.Patut la, pretty lady dah tak ada.

Aku berjalan dengan perlahan menuju ke arah Qalif yang membelakangiku.Kejadian yang tidak disangka apabila terjumpa abang sepupuku disitu Zahar.Zahar menyapaku dengan ramah dan ianya ternyata mampu menarik perhatian Qalif untuk menoleh ke belakang.

"Maira, what a pleasent surprise.Buat apa kat sini? Awal pagi pulak tu?" Zahar ramah bertanyaku.

"Yes Maira, it is nice to see you here and please explain ho is he!" Qalif pula menambah soalan kepadaku.

"For abang Zahar,I'm here to pick up Qalif.And for Qalif  this is my cousin.One of my mak long sons." Buat Zahar dan Qalif aku menerangkan.

Qalif merenungku dengan tajam disaat aku memperkenalkan dia sebagai hanya Qalif.Tiada title yang menggambarkan siapa dia di sisi aku.Zahar pula hanya tersenyum melihat kelakuan Qalif.

"Well, nice to meet you Qalif. Maira, abang pergi dulu lah ye.Kak Nia mesti dah sampai.Flight dia same as Qalif tapi since dia dari Korea and Qalif dari USA.Her flight is a bit late.
Zahar meminta diri sambil bersalaman dengan Qalif.Qalif pula menghulurkan tangan seperti terpaksa.

Setelah melihat Zahar jauh dari kami, mataku beralih ke muka Qalif.Muka yang menahan marah.Dia marah? Kenapa?

"Wow Maira, aku tak sangka kau ada sepupu yang begitu hensem.Dah ada rancangan dengan dia ke    lepas kita bercerai nanti? Aku tak sangka secepat ni kau  cari pengganti aku " Qalif menbidasku tanpa memikirkan perasaanku dengan kata-katanya yang sangat menusuk hati.

"Well Qalif Eidan,dia suami orang.Aku tak akan cari orang lain lepas kita cerai.Cukupla lelaki kau sorang.Aku penat. Lebih baik aku seorang dari dapat risiko dicurangi walaupun masih belum bercerai dan status perkahwinan tak ada siapa yang tahu."

Usai aku meluahkan kata-kata,aku berjalan menuju ke kereta,Qalif aku tinggalkan dan tidakpun aku menoleh melihat dia.Sakit hati aku apabila suami sendiri cakap macam tu.Aku hanya menunggu di kereta.
Jam di tangan sudah melepasi 10 minit dan kelibat Qalif tidak kelihatan. Frust tunggu, aku buka pintu dan tanganku terasa dipegang seseorang.

"Aku bawak.Kau pergi duduk sebelah" Suara Qalif kedengaran berlainan.Marahkah Qalif dengan kata-kataku tadi? Lantak la.Aku bergerak menuju ke arah seat sebelah.

Sepanjang perjalanan sangat sepi.Aku hanya melayan perasaan sambil mendengar dj radia berceloteh di awal pagi.Ku kerling jam di tangan.Sudah pukul 4. Qalif pula hanya diam.

" Kau ikut aku balik rumah mama.Kita stay sana kejap.Tengahari sikit baru kita pergi apartment kau ambik baju.Mulai esok,kau akan tinggal dengan aku dekat rumah KITA! '' Serius suara Qalif aku dengar.Eh kejap,kejap.RUMAH KITA?!

"Masa bila wujud kita dalam hidup kau Qalif? Kau dan aku masing masing hanya ada kau aku kan?
Permainan lakonan apa pulak kau nak buat kali ni? " 

Qalif mencerlung melihatku sesudah aku berkata-kata.Dia aku lihat menahan marah.Marah lagi!
Qalif memberhentikan kereta dihadapan rumah mama. Dibukanya pintu dan dia tarik aku keluar.Kunci yang sememangnya ada dalam simpanan dijolok pada pintu.Malas mengejutkan semua orang,aku menurut Qalif tanpa suara walaupun cengkaman tangan Qalif pada tanganku sangat menyakitkan.

Dia menutup pintu biliknya dan memasang aircond sehingga ke tahap yang paling rendah.Gila sejuk tu!
Dia menarik aku ke katil merebahkan aku di katil sebelum dia melakukan hal yang sama.

"Hishh.Kau jangan cakap apa-apa.Aku penat dan need a good rest." Usai Qalif berkata demikian,aku sudah erat di dalam pelukannya.

Pagi itu,aku tak dapat melelapkan mata.Otakku cuba mencerna apa yang dikatakan oleh Qalif serta kelakuan dia yang aneh sejak di airport tadi. Serius aku bingung.

Aku lihat Qalif sudah lena .Seperti anak kecil tidurnya.Dia kelihatan seperti tidak bersalah jika dia tidur.Sangat polos.Qalif yang beginilah yang membuat aku jatuh hati kepadanya sebelum kami dijodohkan atas pilihan orangtua.

Qalif membangkang keras apabila mama ingin aku menjadi isteri Qalif.Yalah, masa tu Qalif dah ada kekasih hati yang sangat cantik.Kalau nak dibandingkan dengan aku...Simpang malaikat 44 katanya.

Namun Qalif turut juga keputusan ibu bapanya.Kami dinikahkan dalam keadaan yang sangat sederhana.Permintaan Qalif.Aku diharamkan menyatakan yang kami sudah menikah kepada sesiapa kerana Qalif malu mempunyai isteri seperti aku.Aku terima kerana aku sudah berjaya mengikat Qalif kepada ku melalui perkahwinan walaupun bukan dia yang melamar.

Persandingan juga aku pendamkan kerana mustahil aku digandingkan bersama Qalif.Aku bersyukur apa yang ada.

"Jauh menung" Aku tersedar dari kisah silam apabila mendengar suara Qalif yang serak.Baru bangun tidur la tu.

Aku cuba bangun untuk keluar dari bilik itu namun sia-sia.Kudrat Qalif lebih kuat apabila tangannya mencengkam bahuku untuk terus berada di atas katil.

"Where you think you going? I'm not finished with you.Subuh with me and then we'll have a word" Keras suara Qabil memberi amaran.


p/s: to be continue..

Comments

Popular posts from this blog

IRISH part 7

IRISH

CHAPTER 3