kita cipta kenangan baru ok!

Aku kerling jam di tangan.Masih ada sejam lagi untuk azan subuh berkumandang.Aku menaikkan sikit kepalaku kerana tidak selesa beralaskan tangan Qalif sebagai bantal.Lain pula yang jadi apabila dia yang menyesuaikan kepalaku dengan tangannya.Aku hanya dia melihat perbuatannya terhadapku yang dirasakan sangat aneh.

"Better?" Aku hanya mengangguk apabila diaju soalan.
Aku cuba memejamkan mata dari terus memandang Qalif.Memandang Qalif dari jarak yang dekat mampu membuat aku mati.Mati kerana degupan jantung yang sangat kencang.Namun,Qalif semakin merapatkan kepalanya kepadaku.Hangat hembusan nafas seorang Qalif Eiden.Aku rasa sangat terancam dengan suasana sebegitu.Rasa Qalif sudah tidur.

Aku cuba lagi untuk melepaskan diri namun nasib masih tidak berpihak padaku.Qalif sedar dan menarik tanganku lebih kuat.

"Sekuat mana pun kau nak lari, jangan harap kau boleh jauh dari aku Maira.Kau aku dah ikat dari dulu.Sekali aku ikat, selamanya aku tak akan lepaskan.Sampai aku mati Maira!"
Qalif menuturkan ayat yang sangat menyentakkan jiwaku.

"Tak mungkin Qalif, kau tak mungkin akan ikat aku selama-lamanya.Antara kita cuma di atas kertas.Kau yang cakap semua tu 5 tahun dulu.Tak kan dah lupa? Aku tak nak mengharap sendiri atas hubungan yang tak ada asas pun.inikan pulak kau nak bina sesuatu yang mustahil! Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?" Aku separuh menjerit apabila dia meyatakan sesuatu yang sangat mustahil bagi kami berdua.

Bodohnya Qalif.Sangat tidak wajar apabila menuturkan hal sedemikian.Dia fikir semua hal akan berlaku seperti yang dia mahukan?

Qalif terkejut mendengar ayat yang aku tuturkan.Dia melepaskan aku dan aku cepat-cepat turun dari katil miliknya. Aku menapak menuju ke arah pintu untuk keluar dari bilik yang menyesakkan fikiranku sekarang.
Hampir memulas tombol pintu, tanganku dicapai dari belakang.Qalif tersenyum sinis sambil menarikku ke dalam pelukannya.

"Aku terkejut Maira" Qalif memelukku dengan erat.Jantungku serasa berhenti berdegup dengan tindakan Qalif seperti ini.Dia GILA! benar benar GILA!

Aku meronta-ronta untuk melepaskan diri dari pelukannya dia.Namun......

CUPP!!!

Bibirku ditekan lembut oleh bibir Qalif.Aku terpana seketika.Rontaanku semakin lemah dan aku sudah tidak kuat.Di saat aku ingin rebah, Qalif menguatkan pelukannya supaya aku tidak jatuh.

Lama kami seperti itu sehingga azan Subuh berkumandang.Aku jadi sedar diri dan mulai meronta lagi.Kali ini tiada paksaan Qalif melepaskan aku.

"I nak mandi.You should too.Cepat tau.Kita Subuh sekali." Qalif menyuruhku supaya berjemaah dengannya.. Sesuatu yang aku tunggu sejak 5 tahun dulu kini sudah menjadi kenyataan..

Ya ALLAH, adakah aku bermimpi?



Comments

Popular posts from this blog

IRISH part 7

IRISH

CHAPTER 3