Kita cipta kenangan baru ok!

"Cantik rumah.Decor sendiri ke?" Qalif memberi pujian.

"Tak lah.Upah interior designer dari syarikat papa,Yusuf. Padan dengan orangya 
yang kacak, so design pun cantiklah." Balasku sambil memuji hasil kerja pekerja
bapa mertuaku yang dirasakan sangat bagus.

Qalif sekadar mencebikkan mukanya apabila aku memuji lelaki lain dihadapannya.
Aku rasa dia tidak akan cemburu dengan hal seperti itu kerana dia sendiri sudah
mempunyai teman yang lebih cantik.

" Aku tak nak pindah duduk satu rumah dengan kau.Aku nak stay sini.Senang sikit.Semua 
barang aku pun elok lagi kat sini." Aku memberitahu Qalif tentang keputusanku untuk tidak berpindah
bersama dia.

"Part mana yang kau tak faham ni Maira? Aku cakap mesti tu MESTI LA! Kita ni suami isteri."
Qalif membidas keras .

"Aku ke kau yang tak faham ni Qalif? Masa bila wujud title suami isteri between us? Lost your
mind already? Bukan tu ke yang kau cakap.Kalau kau mengaku kita ni
suami isteri, kau dah gila! Lupa ke? " Aku turut membalas dengan nada yang tinggi.
Dah dia tak faham bahasa cakap slow-slow, aku pun naik pitching jugak la.
Sakit hati cakap dengan dia ni.

"Sejak saat ini Maira.Cinta tu masih tak ada.Aku nak kau jadi isteri aku sebab aku suami kau.
Itu tanggungjawab aku dan kau pun ada tanggungjawab sebagai isteri aku.
Dah lama kita abaikan Maira.Aku rasa berdosa sangat dengan kau."

DIAM.

Hanya itu yang mampu aku lakukan apabila Qalif bercakap soal tanggungjawab.Aku masuk ke dalam
bilik dan menukar pakaianku.Qalif hanya menunggu di ruang tamu.

Sesudah itu, aku keluar semula dengan dia.Kali ini dia pulak yang drive.Dalam perjalanan, kami
hanya senyap Tiada butir bicara baik aku mahupun Qalif.Nampaknya
pengakuan Qalif tadi memberi impak besar terhadapku dan Qalif apabila
kami bersua muka, Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan.

Kami sampai di Suria KLCC pada pukul 10 pagi. Rata-rata pagi itu mulai sibuk dengan
anak-anak muda yang menghabiskan cuti sekolah melepak.Sangat tidak berfaedahla
budak-budak ni.

Kami ke department pakaian lelaki kerana Qalif ingin membeli beberapa helai
kemeja untuk dirinya.Aku disuruhnya ikut sahaja kerana takut hilang.
Logik tak alasan tu?

Salah satu pintu fitting room yang berhampiran terbuka.Tertarik melihat cermin yang memaparkan
diriku yang agak selekeh.Bibirku sudah merekah!Patutla kering semacam.
Pelembap bibir yang sudah habis lupa untuk dibeli semula.

"Maira , kalau nak goda aku pun, tunggu balik rumahlah.Apasal kau muncung-muncung 
bibir ni?Macam itik pulak aku tengok kau ni! " Qalif memerliku .Tak sangka
yang dia melihat tingkah laku aku.

"Banyak lah aku nak goda kau.Ni hah... Bibir aku sakit la.Lupa beli Lips balm.Aku 
tak sempat nak minum air banyak-banyak macam kau.Maklumlah
bibir merah kau tu kan banyak minum air" Aku sekadar membalas bersahaja.

Tanganku tiba-tiba ditarik masuk ke dalam fitting room tadi.Qalif memeluk erat pinggangku dan semakin
merapatkan mukanya dekat dengan mukaku.

GULP!

Apa yang dia nak buat ni? Tolong aku Ya Allah.Selamatkan aku dari manusia ini.

Qalif hanya terus-terusan merapatkan mukanya kepadaku.Bibir merah itu landing di atas
bibirku.Lembut seperti pagi tadi.Aku memejamkan mataku dan merasakan yang tangan Qalif
semakin kuat memeluk ku.

Dia kemudiannya menghadiahkan sebuah kucupan di dahiku dan .......

"If I kiss you everydays from now on, your lips won't be hurting you anymore" .

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

IRISH part 7

IRISH

CHAPTER 3