Bukan yang kedua...
"Tolong aku Aliah.Mama aku nak sangat kau yang jadi menantu dia.Bukannya Hilma. Kalau kau pujuk mama aku terima Hilma., aku sangat sangat bersyukur Aliah." Nah! Itu dia alasan Adrian yang sebenarnya.Rupanya aku hendak dijadikan sebagai batu loncatan untuk memujuk Datin Aini, mamanya Adrian untuk menerima Hilma. Aku masih statik di hadapan pagar rumahku sedangkan Adrian hanya merenungku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Bencinya dengan diriku yang tak mampu nak lari dari lelaki yang bernama Adrian ni. "Bila mama kau nak jumpa aku?" Satu soalan dariku yang membuatkan Adrian tersenyum lega. Aku menyimpan perasaan terhadap Adrian sejak di zaman universiti lagi.Aku berpegang dengan satu kata-kata iaitu cinta tak semestinya memiliki jadi aku pendamkan sahaja perasaanku. " Mama nak jumpa kau petang ni.lepas asar aku ambil kau.Mama ada buat makan-makan sikit." Adrian menerangkan butir-butirnya. ---------------------------------------...