Bukan yang kedua...

"Tolong aku Aliah.Mama aku nak sangat kau yang jadi menantu dia.Bukannya Hilma.
Kalau kau pujuk mama aku terima Hilma., aku sangat sangat bersyukur Aliah."

Nah!
Itu dia alasan Adrian yang sebenarnya.Rupanya aku hendak dijadikan sebagai batu loncatan
untuk memujuk Datin Aini, mamanya Adrian untuk menerima Hilma.

Aku masih statik di hadapan pagar rumahku sedangkan Adrian hanya merenungku
dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Bencinya dengan diriku yang tak mampu nak lari dari lelaki yang bernama Adrian ni.

"Bila mama kau nak jumpa aku?" Satu soalan dariku yang membuatkan Adrian tersenyum
lega.

Aku menyimpan perasaan terhadap Adrian sejak di zaman universiti lagi.Aku berpegang
dengan satu kata-kata iaitu cinta tak semestinya memiliki jadi aku pendamkan sahaja perasaanku.

"Mama nak jumpa kau petang ni.lepas asar aku ambil kau.Mama ada buat makan-makan 
sikit."  Adrian menerangkan butir-butirnya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

"Aunty Aini apa khabar? " Aku menyalami wanita yang sangat ramah bagiku.

Wanita itu tersenyum melihat Adrian di sampingku.

"Aunty sihat Aliah.Aunty seronok tengok Aliah dengan Edry.Edry ni macam tak boleh
lepaskan Aliah pulak sejak sampai rumah.Haishh.."  

Datin Aini mengomel tentang perangai Adrian yang tidak boleh berenggang denganku.
Aku hanya tersenyum sumbing mendengar usikan abang ipar Adrian terhadap kami berdua.

Aku lihat Adrian hanya tersenyum.Senyuman yang nampak ikhlas.Bukannya terpaksa.
Hebatnya Adrian berlakon!

------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kau tak ajak Hilma datang ke Edry?" 

Aku bertanya kepada Adrian..

"Kenapa kau kena kisah dia datang atau tidak? Dia tu girlfrend aku, bukannya kau!
Mind your own business ya Aliah...."

Nah!

Itulah jawapan yang aku terima jika banyak bertanya hal yang tidak perlu.
Riak wajah Adrian lansung berubah apabila menyedari kelancangan mulutnya berbicara.

"Aliah! I'm so sorry!"


"Adrian,sorry ok. Aku kena balik sekarang.Walid aku cakap ada orang datang rumah
nak jumpa dengan aku.Jangan risau , kau tak perlu hantar aku, Abang Damian datang 
ambil aku."

Usai aku berkata demikian, aku lansung berlalu keluar dan segera berdiri di luar pagar rumah Adrian.
Semua orang yang berada di dalam rumah terpinga-pinga melihat sikapku yang terburu-buru keluar
namun telingaku masih menangkap suara Datin Aini menyoal Adrian yang mengekoriku dari belakang.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Assalamualaikum."

Usai memberi salam, aku lihat isi rumahku begitu ramai sekali.Adrian yang mengekoriku turut bingung.
Aku lihat ibu Abang Damian berbual dengan ibuku sambil memegang sebentuk cincin di tangannya.

"Damian, what all this about?" Aku lihat Damian hanya tersenyum menjawab soalanku.

"Biar ibu Lia explainkan...."  Damian berteka teki.

"Lia , Damian nak Lia jadi isteri Damian.So, dia hantar rombongan meminang
hari ni."

Aku yang kusut dengan masalah Adrian ditambah pula dengan rombongan meminang Jiranku Damian Saufi.

Oh My Man! 

Comments

Popular posts from this blog

IRISH part 7

IRISH

CHAPTER 3