Bukan yang kedua...

Nama dia Adrian.Dia Melayu tulen dan berumur 26 tahun.
Adrian Shaufik.Seorang Engineer muda yang berjaya memikat
hati aku hanya dengan senyuman yang dihiasi lesung pipit yang menyempurnakan
wajahnya.

Dia mula menyapa aku ketika kami sama sama menuntut di Universiti.
Mulanya kami hanya berbual sebagai teman satu kumpulan.
Seterusnya dia mula berani meminta nombor telefonku.

Adrian tidak meminta untuk couple denganku.Aku sendiri tidak berani menaruh
harapan terhadap lelaki sekacak Adrian. Aku hanya mampu kekalkan hubungan
kami sebagai kawan sekuliah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Be my girlfriend Aliah?"

Satu soalan yang amat mengejutkan aku ketika kami sama-sama keluar makan tengahari.
Mujur sahaja aku tidak tersedak apabila aku sedang enak menikmati makanan aku tadi.

"Kau merapu merepek gila apa ni Edry? Aku tak akan jadi awek kau walaupun gurauan"

Aku membalas dengan tegas.

"Aku serius Aliah! No joking in my dictionary." Muka Adrian kelihatan tegang
apabila aku lansung menolak permintaan dia.

Aku segera bangun dari kerusiku dan mencapai tas tanganku . Aku bergegas keluar dari kedai makan
yang kami kunjungi.

Adrian turut bangun mengekoriku.

"Aliah.Aku dah cakap. No jokingkan. Percayalah Aliah.Aku nak sangat kau penuhi permintaan
aku" Adrian terus terusan memujukku.

Aku lantas berpaling mengadap Adrian.

"Apa motif kau?Kau desperate sangat ke nak cari pengganti Hilma ? Kau pun belum putus dengan
dia kan?" 

Aku membangkitkan soal teman wanita Adrian yang masih kekal bersama dia hingga sekarang.

"Aku tak boleh tinggalkan Hilma,Dalam masa yang sama aku cemburu tengok kau dengan staff lelaki
kat office.Kau tak boleh buat macam tu kat depan aku Aliah!"

Jawapan yang tak masuk dek akal.
Bodohnya!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang itu aku ambil cuti setengah hari.Ini semua gara gara Adrian punya permintaan yang mengarut
bagiku.

Panggilan telefon dari Adrian!
Aku biarkan sahaja.
Benci aku dengan mamat tu sekarang.
Sebal hati aku masih belum hilang.

Aku depan rumah kau Aliah!
Tolong keluar sekarang kalau kau tak nak aku buat
kecoh depan rumah kau...


Adrian menghantar mesej berbaur ugutan kepadaku..

ishh mamat ni! 

"Kau nak apa?"
Aku bertanya usai membuka pintu rumah.

"Jawapanmu Aliah Mawardah!" Soalan yang sama dibangkitkan.

"Maaf.Aku tak bersedia untuk satu perhubungan dan menjadi pilihan kedua.Aku jugak 
tak bersedia untuk lukakan Hilma yang baik sangat dengan aku."
Aku menerangkan perasaan aku yang sebetulnya kepada Adrian.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

IRISH part 7

IRISH

CHAPTER 3