IRISH

Kami berkahwin dalam usia yang muda.Guess what? Family planning.
Mama dan babah sangatlah happy bila dapat serahkan anak gadis diorang
yang comel plus kiut-miut ni kat anak teruna Puan sri Freida aka Faridah dan Tan sri Sulaiman
iaitu Muhammad Adam Iskandar Irish.Mamat ni dilahirkan kat Ireland.

Oppss... Lupa nak kenalkan. Nama aku Humaira.Sedapkan nama aku?
Maksud nama aku tak melambangkan diri aku yang sebenar-benarnya.
Aku ni brutal tahap gaban.Almklumlah, sejak balik PKLN ni, gaban-gaban sudah sebati
dalam kehidupan aku.Acece...

Ok,Jom sambung cerita aku dengan Irish.Nama panjang sangat la mamat ni!

.........................................................................................................................................................

Malam akad nikah.....

"Apa buas sangat kamu ni Maira? Nanti habis tertanggal semua labuci-labuci baju kamu tu."
Mama menegur aku yang sangat tidak selesa memakai baju yang merenyamkan badan aku.

"Ni baju pengantin ke baju jerami mama? Habis gatal badan Maira." Tergaru-garu aku dalam baju pengantin tu.

Mama hanya mampu menggeleng selepas itu.

Mak ngah masuk memberitahu bahawa rombongan pihak lelaki dah sampai.Mama
cepat cepat menyuruh aku berdiri sambil membetulkan baju dan tudung aku.Aku hanya
berdiri tegak.

As someone said aka my bro, Khairul, 'Let the pro handle the things.'
Pro lah sangat..
Prosak adalah!

..........................................................................................................................................................

Saat nak di akadnikahkan..........................


Muhammad Adam Iskandar Irish nampak serius dan kacak plus plus dengan
baju satin putih yang ada di badannya yang sasa ditambah dengan kulitnya
yang putih macam susu.

Ya Allah Humaira, jangan melalut... Irish sendiri dah ada girlfriend  yang tak cukup
kain, rambut karat dan ehh... Karat ke nak merah?

Ahh ...lantak la. Banyak sangat pewarna asli dan tiruan!

..................................................................................................................................................

MUHAMMAD ADAM ISKANDAR IRISH BIN SULAIMAN....

Minah sewel ni apasal usha aku macam tengah x-ray je? Otak kuning ke perempuan ni?
Irish membuat telahan sendiri.

Mina Howard.. Nama itu berulang kali terpapar di mindanya.terbayang wajah
seorang wanita muda yang masam mukanya apabila diberitahu bahawa dia akan
menikah.Itupun dipujuk yang mereka akan tetap berhubungan seperti biasa kerana
perkahwinan adalah kehendak keluarga dan bukan dia.

'Bila lah semua ini nak habis' Irish masih mengeluh di dalam hati.

Irish melihat ibu bapanya tersenyum bahagia di hari bahagianya.Bahagia apabila dapat berbesan
dengan sahabat sendiri.

Suasana riuh apabila pengantin perempuan mula keluar dari bilik .

Muhammad Adam Iskandar Irish menoleh untuk melihat gadis selekeh yang bakal
jadi 'isterinya'.

TERPAKU!

.............................................................................................................................................................

HUMAIRA......


Aku melayangkan penumbuk apabila Irish merenung aku tidak berkelip.Dasar lelaki gatal!
Pantang nampak wanita cantik.

Eh..eh.. Cantik ke aku ni? hehe.. perasan jap..

Irish tersedar lalu buat muka serius kembali.Aku gelak. Mama yang nampak segera tampar aku.
Perlahan tapi sakit!

Stupid Irish! Sakit aku kena dengan mama.Mama segera membawa aku ke tempat khas
untuk aku.Bahagianya rasa walaupun pengantin lelaki tak rela.

Bahagia!..  Aku sangat cintakan Irish tapi aku diamkan sebab dia bukan untuk aku.
Itu yang aku rasa dulu.Tapi.., selepas beristikharah selama tiga malam berturut-turut,
Alhamdulillah,Allah bagi jodoh aku pada Irish.

...........................................................................................................................................................

SAAT DILAFAZKAN AKAD..

" Aku terima nikahnya Humaira Irish bt Haidi dengan mas kahwinnya RM400 TUNAI.."

Dengan sekali lafaz aku menjadi isteri Irish. Haha... Nama aku pun Irish kan? Memang kami
dilahirkan di Irish. Masa tu Irish umur 4 tahun tapi dia pandai cakap.Aku masa tu baby lagi.
Dia nak nama aku sama dengan dia, Irish!

even he used to said,once this little girl grown up into pretty lady,I will marry her.
His mom even shocked to hear 4 years old boys said that but promise always a promise.

Disebabkan janji dia tu,aku kena kahwin dengan dia sekarang.

Marry me lah konon!

Mama memeluk aku dengan linangan air mata..

" Apa ni mama? Tak best la macam ni. Dulu bukan main happy suruh
Maira kahwin dengan mamat ni, sekarang sedih nak tinggalkan Maira pulak."

Satu cubitan hinggap di pahaku.Sakit lah mama!

Irish datang untuk menyarungkan cincin..

"Eh..jap jap... bak sini cincin tu.Aku sarung sendiri, Kang tak pasal pasal 
batal air sembahyang aku.Aku dah la tak solat Isya lagi sebab tunggu kau datang ."

Usai aku berkata demikian , hadirin hadirat sekalian gelak nak guling -guling dengar
lawak antarabangsa aku.

Babah yang mendengar ayat aku naik angin.

"Humaira Irish, namanya pun batal air sembahyang.Tak payah susah-susah
solat isya sorang sorang lepas ni.Adam boleh jadi imam."

Adam yang mendengar babah berkata demikian sudah menujukkan muka yang pucat.
Kalau awek tak cukup kain agak-agak sembahyang tu cukup waktu tak?

Wallahuaklam...

Aku hanya tersengih melihat muka  Irish yang pucat..namun satu ayat bisa mematikan senyuman
aku yang paling menawan ini.

"Boleh babah.. Tak ada masalah lansung.Asalkan Humaira Irish yang menjadi makmum 
saya!"

Gulp!!!

..........................................................................................................................................................

Semua urusan kat luar bilik aku tak payah fikir.Apa guna adik-beradik 10 orang (campur family Irish dan aku) kalau kenduri saudara sendiri tak leh tolong.

Aku segera menukar baju lalu masuk ke dalam bilik air mengambil wuduk.
Mamat tu tetap batalkan juga wuduk aku bila kami kena bergambar sewaktu sarungkan
cincin.

Bila aku keluar dari bilik air, Irish sudah menunggu aku di tikar sembahyang.

"Cepat la sikit." Dia menggesa aku.

Telekung segera aku capai dan Irish sudah takbir.Ishh..Tak menyempat-nyempat.

Usai selesai solat, Irish segera bangun tanpa menoleh ke arah aku yang menghulurkan tangan untuk
bersalaman.Ermm..Lantak lah, save sikit, tak payah nak wuduk lagi nak tidur.

"Kau ambil la bilik ni.Aku ada lagi satu bilik." Usai aku nak melangkah, tangan aku dicapai.

Huargghh!!!

Batal lagi wuduk aku......!!!

"Kenapa kau tak tidur sini?" Irish bertanya macam orang tak belajar tinggi.

"Kitakan tak ada rasa cinta dan kalau aku tidur dengan kau,mana tau kau 
buat apa apa kat aku.Tengok je lah gf kau.Kesian dia, duit gaji kau habis 
beli baju tak cukup kain eh kat dia.Selera kau kan yang jenis seksi-seksi.
Aku ni berbungkus.So, stop saying stupid words.."

Selesai aku bercakap, satu tamparan hinggap di pipi aku..

Muka Irish merah yang amat sangat.Mulut aku tak ada insurans okay!

"Mak bapak aku tak pernah tegur cara hidup aku,dengan siapa aku berkawan,
solat aku,duit gaji aku.Yang kau nak sibuk-sibuk tu apasal? Aku cuma tanya kau
je, yang kau masuk hal peribadi aku kenapa?Kita kahwin bukan bermakna 
kita bebas campur hal masing-masing.Aku pun tak ingin kahwin dengan perempuan 
murahan macam kau yang bapak dia jual sebab nak kaut harta family aku................"

PANG!!!

"Melampau,kau memang melampau,!!! Eh lelaki bengong, aku tak hadap nak kahwin
dengan lelaki yang kurang macam kau ni.Kalau masa kau umur 4 tahun dulu kau tak reti 
cakap lagi kan senang.Ni pandai-pandai suruh mummy kau buat janji dengan
family aku nak kahwin dengan aku lah bagai..... Eh.. bapak aku lagi kaya dari bapak kau la
mangkuk.Kenal Merbah Holding? Gemilang Holding? Tahu siapa CEO sekarang?

AKU!!!"


Irish terkedu!

Semua yang diluar terkedu melihat aku keluar dari bilik dengan marah plus nak naik gila.
Mak ayah aku,mak ayah Irish terkejut dengan pertengkaran kami berdua yang aku agak sudah
beroktaf-oktaf ...


Aku capai kunci kereta BMW 7SERIES  yang aku baru beli kelmarin. Minyak dah penuh.
Aku dah agak benda macam ni akan berlaku sebab jantan keparat tu.

Fikiran aku hanya lah nak lari dari rumah ni. Nak lari dari semua orang.Aku dah tak boleh nak terimanya
lagi!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

IRISH part 7

CHAPTER 3