Irish PART 5

Aku mula menangis selepas mensumbangkan lagu yang menyentuh hati aku sangat-sangat..

Mak aih Weslife ni! Buat lagu semuanya jiwang-jiwang.

Khairul tak pedulikan aku dan terus mensumbangkan suara bagi lagu seterusnya.Bunyi muzik yang
kuat menenggelamkan tangisan aku yang mulanya hujan gerimis kemudiannya aku rasa akan bertukar
menjadi ribut Sandy.

Pintu bilik karaoke kami dibuka.Aku panggungkan kepala dan melihat Adam di muka pintu.Lantas aku usap
air mata yang masih bersisa di pipi.Sedaya upaya aku cuba menahan daripada menangis lagi di hadapan dia.

"Kau nak apa? "

Aku menyoal dia setelah dia diam lama di hadapan aku.

"Aku nakkan kepastian.Kau maksudkan setiap perkataan yang kau cakap depan aku dan Mina tadi?"

Adam ni! Nakkan kepastian apa? Aku memang maksudkan la.Aku tak suka la mengulangi apa yang aku
dah cakap.Dah macam announcement kat supermarket la pulak!

"Kau tak percaya ke aku cakap macam tu?Kau ingat aku saja saja nak tebalkan muka buat statement yang memalukan macam tu?"

Adam mara ke hadapan.Dia cuba mencapai tangan aku.Aku tepis.Jual mahal sikit!

"Apa pegang-pegang ni? Batal air sembahyang aku nanti.Kau ni memang suka bagi batal 
wuduk aku kan?"

Sengaja aku meninggikan suara terhadap dia.Kasi dia takut sikit.


"Tak baik kau Maira,suami kau tu!" 

Dalam sibuk menyanyi Khairul sempat 'menasihati' aku tentang kelantangan suara aku terhadap
Adam.

"Sibuk ah kau ni! Blah la....Pergi la habiskan lagu tu! Dalam nak pekak boleh pulak dengar suara aku yang slow ni.Kalau aku cakap benda baik kat kau kena jerit-jerit... "

Aku membalas... Bukannya dia dengar pun.

"Apa Maira?"

Hah! Kan aku dah cakap.

"Aku tak tahu yang kau sayangkan aku.Cintakan aku.Aku ingatkan aku bertepuk sebelah tangan
bila selama ni kau selalu buat tak endahkan aku.Aku ingat aku bukan jenis lelaki yang kau
minat.Sebab tu aku start cari pengganti kau.Mina."

Pengakuan Irish yang membuatkan aku terlopong sebentar.Dia raih sekali lagi jari-jemari aku
dan mengucup lembut jari aku

Ah! Macam mimpi!!

"Aku ingat nak bagi kau cemburu bila kau negatively zero attention to me.Tapi tak berhasil
jugak.Khairul yang bagi trick kat aku supaya dating dengan Mina kat Secret Recipe bila kau ajak
dia datang situ.Mesti kau tak sangka yang aku dah kenal Khairul kan? Kami satu batch kat Uni London la dulu."

Mak aih! Apo kono eh Maira.360 darjah aku berpusing ke arah Khairul dengan muka yang geram..
Berani dia mempermainkan aku! Selama ni aku ingat kami ni satu geng tapi rupanya semua masuk geng Irish.!

Khairul tengok muka aku sambil tersengih-sengih.Tangan ditunjukkan isyarat peace.

Banyak la kau punya peace!

"Kau memang nak bagi hati aku sakit lagi teruk kan? Aku benci dengan kau! Kenapa
kau tak terus terang selama ni? Orang lelaki ni memang EGO TINGGI!"

Aku terus merentap tanganku daripada pegangan Irish dan berlalu keluar dari pusat karaoke itu.

dapat aku dengar Khairul..


Kejarlah Adam oi
Takkan nak jadi tunggul dalam ni?
Kau tak sayang bini ke oi?
Mengaku cinta separuh mati..

Kejar lah...kejar lah...
kejar jangan tak kejar....

Maira pulak jangan main aci sembunyi
nanti jenuh Adam nak cari..
merana kau dua orang nanti.....
Membawa duka di hati....

ohhh..ohhh..



Comments

Popular posts from this blog

IRISH part 7

IRISH

CHAPTER 3