IRISH part 6

Aku melajukan langkah untuk segera keluar dari pusat membeli belah yang aku karoeke dengan
Khairul.

Dapat didengar Adam memanggil namaku dengan kuat..Aku hiraukan dan semakin melajukan langkah.
Nasib baik aku pakai flats hari ni.!

Tangan aku direntap dari belakang.Serta merta pecutan maraton aku turut berhenti secara mendadak.

"Wait Irish! I want you to listen to me!!"

Suara Adam yang sedikit kuat memeranjatkan aku.Diam dan membisu..Itu yang aku lakukan
sebagai tanda memprotes Adam.

"You have 5 minute to talk! your time start NOW!!"

Arahan dikeluarkan oleh CEO Maira dengan suara yang tegas.

Acece...

"Jom kita balik rumah Maira? " Adam membuat kenyataan yang aku rasa agak pelik dan pening
bagi aku.Rasanya sudah masuk kali yang kedua dia menyatakan hal rumah.

"Again Adam, mamai ke apa? ini dah kali ke dua soal rumah 'kita' dibangkitkan.
Kita ni mana ada rumah!
Even before married kitakan duduk rumah parents masing-masing.I tak pernah pun dengar yang
you beli rumah ke ,banglo 10 tingkat ke, kondo ke?" Tak pernah pun Adam..! So, bila kita
ada rumah?"

Soal aku yang masih tak puas hati dengan Adam yang still tak faham di mana kah letaknya
'rumah' kami.

Tanpa menjawab,Adam tarik tangan aku keluar dari pusat membeli belah itu.Aku pula
seperti tidak membantah apabila terpaku dengan situasi di mana Adam mengenggam erat tangan ku
bersama tangannya.

AHHH! So Sweet!!!

Dibuka pintu BMW Sportnya di sebelah penumpang untukku..

"Kereta aku macam mana Adam? Siapa nak bawak balik? Mahal Myvi tu! "

Aku tersedar yang keretaku turut berada di pusat membeli belah itu.Nak minta tolong Khairul,
Dia pun naik kereta jugak...Hmmm... Nak mintak tolong siapa ni? Atau aku naik kereta aku tu follow
belakang kereta Adam?

"Nanti aku suruh sape -sape yang datang ambil..Atau kita pergi dulu nanti kita patah balik ambil?
Macam mana?Hmmm?..."

Adam membantu aku memberi jalan penyelesaian.Berfikir sebentar..
Kalau ada KITKAT kan best...

BEREHAT SEKETIKA BERSAMA KITKAT!
Acewah!! Buat comercial break lah pulok!

"Hmm...Kita patah balik nanti ya Adam...." Aku menerima cadangan Adam.

"Ok..Jom pergi.. Pakai seat belt ni Irish!" 

Aku yang ingin memakai seat belt tidak jadi kerana Adam pula yang tolong pakaikan untukku..

Terasa haruman lelaki yang Adam pakai.Mai Aii!!!

Boleh pengsan aku macam ni!!!
Hati dah DUP DAP! DUP DAP!

"Dah siap! Hmm.....Maira?? "

Aku yang terkaku tidak memberi respon terhadap panggilan Adam.Terlalu kuat hati ini
berdetak gara gara Muhammad Adam Iskandar Irish!

Cupp!!!!

Satu ciuman hinggap di pipiku lantas menyedarkan aku di alam nyata...Aku berpusing ke arah Adam yang
mula membuat serius terhadap pemanduan...

"What did you do just now? No one ever touch my pipi before! Who give you permission to
kiss me?"

Tanya ku geram..

"My love Irish,mana ada I kiss you.. I cuma dekatkan bibir I kat pipi you.. Tu je..
Lagipun..You dah halal bagi I ok! Nak buat lebih dari tu pun I mampu tau! Tapi bukan sekarang la.
Bila kita sampai rumah nanti ok"..

Satu sengihan muncul dari bibir Adam usai dia berkata demikian..

"Gatal..Siapa yang nak buat benda macam tu? Eeee ,otak kuning la you ni!" 

Satu cubitan aku berikan di tangan sasa milik Adam.

"Ouchh!!! Sakitlah Irish"...

Menyerigai Adam menahan sakit..

Muahahaha..rasakan..Siapa suruh cakap merapu lagi!


Comments

Popular posts from this blog

IRISH part 7

IRISH

CHAPTER 3