IRISH part 9

"Aku period.. Sorry..Tak boleh jemaah sekali."

Adam hanya tersenyum apabila aku dengan selamba menuturkan yang aku tidak
boleh bersolat kerana cuti yang Allah berikan untuk kaum wanita itu.

Lantak la.Adam kan suami aku.So, serba sedikit dia kena tau pasal aku.
Kata cintakan aku bagai, takkan perkara macam ni pun nak rahsia kan!

"Malam ni aku balik rumah aku kan? Kau pulak tidur kat rumah ni?"
Aku menyoal Adam kerana musykil tentang rancangan Adam malam itu.


"Eh...Apa pulak sayang balik rumah mama? Tu katil kat atas tu yang
besar gedabak takkan abang sorang je yang tidur?
Agak-agak la.!"

Adam menuturkan rasa tidak puas hatinya.Dia mencebik wajah tanda protes.

Tergelak aku dengan perangai Adam yang seperti budak-budak 7 tahun.

"Hudoh la kau merajuk macam tu...Mummy kau tak ada la kat sini nak pujuk.
Sape suruh kau beli katil besar sangat tu? Membazir betul lah!"

Aku pun nak protes jugak!

"Abang tak mau mummy yang pujuk..Sekarang abang dah ada isteri.Abang nak isteri
abang yang pujuk."

Aku lihat Adam mula menuju ke arahku selepas dia berkata demikian.

GULP!

Apa yang mamat ni nak buat ? Seriau sangat la ni! Kang aku fire kang...Adam tersengih
sengih melihat muka aku yang sudah cuak atau dispesifikasikan sebagai pucat tak berdarah beb!

Aku hanya bertawakal apabila Adam menarik aku ke dalam dakapannya semula..

Namun..........

"Aku rasakan solat kau yang dari tadi kau nak tunaikan boleh jadi qada sebab kau leka dengan
aku...Ish ish ish.... Lalainya aku seorang isteri gagal sedarkan suami.."

Aku pandang lantai menunjukkan wajah yang kesal.Adam terkasima sebentar namun sempat
memberi satu kucupan lembut di ubun-ubunku...

"Sorry sayang.".... Ujar Adam lalu dia berlalu naik ke atas.

Comments

Popular posts from this blog

IRISH part 7

Akhir sehingga Jannah

Abang Doktor part 6