tak akan ku lepaskan
Sakit hati aku bila tengok Xander bergatal-gatalan dengan Janice. Tau la nak menunjuk yang awek kau tu lawa.
HUH!
Aku Haiz Amani.Xander tu sepupu aku yang tua tiga tahun.Malangnya kami satu universiti.
Malangnya kami ni sepupu.Huargghh! MALANGNYA!!
Nak tau kenapa aku rasa malang setiap kali dapat aku jumpa dia atau dapat sepupu macam dia?
Sebabnya dia adalah manusia yang paling kejam di muka bumi ini kerana motif utama dia hidup di atas
muka bumi ini adalah untuk menrosakkan mood aku,menkucar-kacirkan hidup aku dan membuat aku sakit
jiwa .
"Aku akan pastikan setiap hari kau hidup akan menjadi huru hara."
Macam tu la yang dia cakap.
Entah macam mana la gerak hati aku boleh silap tadi..Selalunya gerak hati aku akan memberikan
hint yang tepat untuk aku mengelak dari terserempak dengan Xander si psiko! Tapi hint aku hari ini
seolah tidak berfungsi apabila aku terserempak jugak dengan Xander yang sedang buat date dengan Janice.
Ratu universiti ni.
"Darling.....I want us to go somehere else later..somewhere more quiet..." Xander buat suara yang manja plus gedik memujuk awek dia..Dia sengaja buat macam tu sebab tau aku ada lalu belakang dia.
"Quiet ni selalu banyak terjadinya perkara-perkara maksiat.Tak gitu Abang Is?" Sengaja aku menyelar Xander kerana aku ada kekuatan bersama aku...Abang Iskandar..My senior my hero!
Abang Is yang berjalan bersama aku yang turut mendengar pujukan Xander turut menambah...
"Betul tu Haiz..Takut la.. selalunya kalau berdua ni mesti ada orang ketiga..''
"Siapa Abang Is?'' Aku berpura tanya..Ala semua orang tau la apa jawapannya.
"Syaitan la Haiz..Mintak dijauhkan kita berdua lah dari makhluk yang dilaknat tu!"
Muka Xander mulai tegang.Janice yang aneh akan perubahan Xander menjadi risau.
Xander lantas bangun lalu menghadap aku dengan Abang Is.
"Eh Haiz Amani ...Kau ni dah melampaui batas..Kau sedar tak kau bercakap dengan siapa ni?
Kau nak aku dedahkan status kita ke?Kau sape nak ajar aku hah?"
Gunung berapi Xander di Wellington sudah meletus.Huk aloh mamat ni..Nak main ugut ugut pulak!
"Kau dah fikir masak masak ke nak dedahkan? Nanti tak pasal pasal kau dapat malu.Yelah,
The most riches and famous bachelor of Wellington is finally revealling about his pertunangan.Tak takut jatuh
ke kau punya saham?I mean what with that kan?"
Selamba je kalau nak cakap dengan mamat ni..Abang Is dah ready nak ambush Xander.Oh.. Abang Iskandar Xander ni merupakan abang kandung Adrian Xander.Muka memang berbeza.Abang Is baik gila dengan aku.Dulu,aku harap yang mummy dengan Babah tunangkan aku dengan Abang Is.Bukannya si mamt psiko Xander ni!
Muka Xander yang tegang tadi bertambah tegang.dia tengok aku dan Abang Is silih berganti.Apehal
mamat ni?
''Haiz.Jo........"
Belum sempat Abang Is mengajak aku blah dari tempat tu ,tiba-tiba Xander menarik tangan aku.Muka berkerut segera terlihat jelas di muka aku..
SAKIT KOT!!
"Woi pakcik! Kau nak bawak aku pergi mana ni?"..
Xander terus-terusan menarik tangan aku tanpa menjawab soalan aku.
Setibanya di cafe iaitu tempat yang paling crowded kat universiti ni ,aku dah tak sedap hati..
Mikrofon dicapai...
"Excuse me everyone..I have something to tell...You all see this women over here, her name is Haiz.
I want to ask how many of you guys know her actually?''
Pakcik ni nak lekeh kan aku rupanya..
Dia ingat aku ni budak tak wujud kot kat kampus ni? Melampau!
Aku rasa lah kan, Semua orang yang ada dalam cafe tu kenal aku.Terlopong pakcik tu tengok
manusia manusia yang angkat tangan..
Aku rampas mikrofon dari tangan aku.
"Thank you everyone who know me..I am truly touch by this. I love you guys especially Jake,my mentor."
"But Jake you can't love her back.Okay everyone, This is the big thing I wanna tell since all of you know her.
Haiz and I, are officially ENGAGED! Repeated..ENGAGED!... I love her so much and our love will end with marriage ..."
Aku hanya mampu ternganga apabila dia berkata begitu..Kedengaran sorakan para pelajar Wellington.
Comments
Post a Comment