Takdir Yang terindah...

Perkara pertama yang aku nampak ketika sedar adalah siling yang berwarna putih.

Arghh..!!

Sakitnya badan aku.Aku pandang ke kiri dan kanan aku.Wayar berselirat masuk dalam tanganku.Apa semua ni? Apa yang dah berlaku?

Aku cuba bangun tapi , hampa, badanku tak mampu bergerak sikitpun. Tangan cuba aku gerakkan juga,
Alhamdulillah, ada ransangan. Kaki juga aku buat begitu. Sama seperti tangan, kaki aku bergerak balas.

Syukur Ya Allah, aku masih dikurniakan anggota yang boleh berfungsi.

Agaknya aku dekat hospital sekarang ni.Terbaring di atas katil di dalam wad kelas 1.

Aku tau la ni wad kelas 1 sebab dulu pun sebab Habib masuk wad yang sama.

Wad yang sama..??? Maknanya ni wad Habib yang dulu la.? Wad yang Habib masuk masa dia kemalangan
kereta yang sampai operate.!

Aku menilaukan pandangan mata aku ke sekeliling wad. Hmmm... Tak ada orang yang tunggu aku.
Hmm..Betul lah..Semua orang benci aku.

Mak..Ayah..Nisha.. Abang long..Kak ngah.. Semua benci aku sebab aku ni anak yang jahat.
Mengenangkan itu, hati aku jadi perit. Sakit sangat ...

Aku jadi macam ni sebab aku lari dari majlis perkahwinan Habib selepas aku rosakkan majlis dia.
Alasannya, Aku cintakan dia... Tapi Habib sedar itu dan dia masih teruskan perkahwinannya sebab dia
cakap yang dia cintakan Mastura.

....................................................................

24 JAM SEBELUMNYA..

"Abang Habib tak pernah suka atau cinta sikit pun dekat Meen.Meen je yang syok sendiri.
Abang cuma anggap yang Meen tu adik abang je." Ujar Habib ketika kami bersendirian di tepi kolam
renang rumahnya.Sehari sebelum majlis akad nikah.

"Bukan ini yang abang cakap dekat Meen dulu. Abang cakap yang abang nak kahwin hanya dengan Meen sorang je.Lepas abang jumpa kak Mastura, abang dah tak sayang Meen..Okay abang.. Terima kasih sebab
bagi harapan palsu pada Meen.Selamat pengantin baru abang Habib.. Esok Meen akan naik flight
ke Paris. Meen tau abang pun tak nak Meen ada sekali kan masa akad nikah.."

Aku berlalu masuk ke dalam rumah menyalami semua yang ada sebelum bergerak pulang ke rumah aku.
Habib tak sedikitpun menoleh ke arah ku.Tabah lah hati ...

Esoknya,aku bertolak ke KLIA pada awal pagi.Kesemua ahli keluarga aku sudah aku maklumkan dan
mereka hanya mengendahkan saja.Hmmm... Aku kan anak pungut..

Pemanduan aku sedikit terganggu kerana memikirkan tentang akad nikah Habib yang akan berlansung
jam 10 pagi nanti.

Konsentrasi aku terganggu apabila ada panggilan masuk.Tanpa memberhentikan kereta di sisi jalan,
aku mencari telefon ku di dalam tas.

Panggilan masuk dari Paris, Kak Husna. Kakak kandung aku..
Sebelum aku sempat menjawab , tiba-tiba....................

............................................................................................

Sedar sahaja aku sudah begini.

Pintu bilik tiba-tiba dikuak dari luar.Kelihatan Habib masuk bersama dengan baju penganti berwarna
putih yang dicemari darah..Darah siapa?

"Meen dah sedar..?" Meen nak air..?" Tanya Habib.

"Awak siapa? Siapa Meen? Kenapa saya jadi macam ni..?" Soal aku walaupun aku masih
ingat ..Namun..Lupa ingatan itu sebahagian pelan aku untuk membuat Habin jauh dari
aku disebabkan aku lupa padanya.

Muka Habib berubah apabila aku menanyakan soal dirinya.Dia lantas bangun dan keluar..

Tidak berapa lama, dia kembali bersama seorang doktor dengan muka yang serius.

Doktor itu memeriksa keadaan aku persis lakonan dalam drama.
Setelah itu, dia hanya menggeleng ke arah Habib dan meminta diri.

Habib mengiringi doktor keluar dan kemudiannya dia mengunci pintu.

Dia mengambil tempat di sisiku lalu mengusap rambut aku.Aku hanya memberikan
pandangan kosong terhadapnya..

"Abang minta maaf Meen.Kalau abang tak berkeras nak kahwin dengan Mastura,Meen mesti
tak akan lari dari abang dan tak akan kemalangan macam ni dan hilang ingatan.Meen hilang ingatan
pasal abang..Sesuatu yang abang sangat takutkan ialah Meen lupakan abang.

Menyesal abang Meen sebab terlalu fikirkan soal status dan darjat.Siapa Meen dulu, mak ayah kandung Meen,abang patut siasat dulu sebab bukan salah Meen jadi anak yatim kan..?"

Ujar Habib...

"So, apa masalahnya saya dengan awak? Kita bukannya ada tali persaudaraan pun kan.?
Awak bukannya keluarga saya . Kalau awak rapat dengan saya , tak mungkin kalau saya tak ingat awak.."

Aku membalas.

"Sebab Meen excident adalah hilang kawalan.Diorang cakap yang Meen hilang kawalan masa nak cakap
telefon.Meen tau tak, Meen excident betul-betul sebelah kereta abang.Mulanya abang terkejut masa Meen
tengah drive sebelah abang.Lepas tu abang cuba hiraukan Meen sebab masa tu Meen lansung tak pandang
abang.Bila abang toleh je depan, abang tengok kereta Meen dah langgar kereta lain.. Masa tu Meen, abang rasa macam nak habis nyawa abang tengok Meen.."

Ditariknya tangan aku lalu Habib bawa ke dadanya.

Lajunya..!!! Macam tengah race..!

"Pak ngah terus pusing stereng tanpa fikir pasal majlis akad nikah dekat masjid.Yang abang
dan Pak ngah fikir ialah nak cepat-cepat dapatkan Meen.Sampai je abang kat kereta Meen,
abang tak mampu tahan sebak Meen.Meen nampak merah je.Darah merata-rata kat badan Meen.
Nasib Meen tak tersepit je dan abang boleh keluarkan Meen."

Habib bercerita sambil air mata mengalir di pipi. Ya Allah, terima kasih kerana masih mengurniakan nyawa
buat aku.Aku ingin sekali bangun tapi, tak mampu.

Aku usap air mata Habib dan nyata dia terkejut dengan tindakan aku.

"Awak sepatutnya tak muncul pagi ni. Saya tak berharap nak jumpa sesiapa pun dengan
keadaan macam ni.Sepatutnya awak sedar, dengan keadaan saya yang lupa ingatan ni, yang
lupa pasal awak, awak patut tinggalkan saya saya teruskan perkahwinan awak dengan Mastura.
Saya rasa, mesti Mastura itu seorang yang cantik dan baikkan.? Sebab itu awak nak bernikah dengan dia.."

Kata-kata aku menambahkan lagi rasa terkejut Habib.

"Encik Habib, berapa lama saya kena tinggal kat hospital ni?"

"Lebih kurang sebulan..Kenapa?"

"Saja nak tanya.."

..................................................................................................................

Sebulan kemudian................

"kak Husna..Cepat sikit..Nanti Habib datang susah..Lajukan aje langkah tu.Meen boleh jalan dah ni."

"Betul ke ni Meen..Akak takutla buat kerja ni."

"Kak sayang tak dekat Meen? Kalau sayang cepat bawak Meen lari tempat ni. Meen dah tak
boleh nak tahan hati Meen ni setiap kali jumpa Habib.Rasa macam nak cakap je perkara betul kat dia."

"Kak Husna sayang Meen.Tapi Habib cintakan Meen."

"Mastura lagi cintakan Habib..Dah..dah.. Jom cepat..."

Aku dah Kak Husna menyelinap keluar malam sebelum aku discharge.Alasan aku lari malam ni sebab
esok Habib yang akan jemput aku.Kalau dia jemput aku, mesti dia akan bawak aku balik rumah tu.
Aku tak nak!

"Alhamdulillah..Berjaya masuk ke dalam kereta."

"Boleh ke Meen bawa ni? Kak Husna takut la."

"Chill la akak...Bismillah.."

Di saat aku ingin menghidupkan enjin kereta....

TUK..TUK....TUK...

Cermin kereta aku diketuk..Segera aku lock pintu sebab HABIB YANG KETUK...!!!

"Open the door Meen..You are not strong enough to drive a car."

Cermin kereta aku turunkan sikit lalu ......

"Abang Habib..halalkan semua,Meen dah tak sanggup nak buat semua ni lagi.
Berada di sisi abang sangat menyakitkan Meen.Bye abang...."

Di saat aku masukkan gear......

EH...Apa ramai sangat yang kerumun kereta ni.,,?

Aku lihat pak ngah, mak, ayah, kak ngah, abang long, Nisha, Mastura , mama dan papa Habib
menghalang laluan aku.Segera aku mengalihkan pandangan ke sisiku.
Orangnya sudah berubah..!!! HABIB !!!

Aku menyembamkan wajah di stereng.. Menangis teresak-esak.

Habib mulanya diam di tempat duduk lantas menarik aku ke dalam pelukan.

"MARRY ME YASMEEN?"

Soalan itu hanya menambah tangisku.

"Meen tak nak ...Kak Mastura deserve you more than me.."

Segera aku melepaskan pelukan.

Aku keluar dari kereta dan berlari keluar. Ayah menarik tanganku lalu memeluk aku.

"Maafkan ayah Meen.Ayah menyesal Meen.Sepatutnya ayah yang lindungi Meen sebab
ayah yang jaga Meen sejak Meen lahir.Ayah bodoh sebab percayakan cakap Nisha dulu.Ayah betul-betul
bodoh Meen."

Ujar ayah sambil teresak..Emak juga begitu.Nisha sudah tak mampu menahan sebak lalu
menghampiriku.

"Nisha minta maaf kak Meen.Kak Meen betul.Nisha memang cemburukan Kak Meen lebih dari
apapun.Nisha sayang Kak Meen.Bila Nisha dengar yang kak Meen hampir hilang nyawa sebab
kemalangan, Nisha jadi takut.Takut Nisha tak sempat mohon maaf sebab buat akak sedih sebab
tuduh akak anak haram."

Aku memeluk Nisha dan kami berada di dalam keadaan itu lama.

" Akak nak Meen kahwin dengan Habib.Akak reda."

"Apa yang akak cakap ni?Meen dengan Habib tak mungkin jadi apa-apa.Kak lebih baik dengan Habib.."

"Akak dah ada pilihan hati yang lain.Perkahwinan dengan Habib adalah aturan keluarga kami. Kami cuma
bersetuju sebab masa tu kami tak ada pilihan lagi.Tapi lepas akak dapat tahu yang Habib
sebenarnya cinta hati Habib, akak dah buat keputusan nak batalkan pertunangan kami.Tapi...
Habib pulak yang beria nak teruskan pertunangan kami.Dia kata orang yang dia sayang tak sebaik
yang disangka."  

Jelas Mastura....

Habib yang diam dari tadi bergerak ke arah ku.

"Look..Yasmeen, I am truly sorry about my stupidity.I will never judge your or anyone status
anymore.When I did that, I almost lost you! I felt like I am going to die with you..
Marry Me..YASMEEN...?"

Sekali lagi soalan itu diajukan...

" Abang Habib dah istikharah?"

Soalan aku dibalas dengan anggukan.

"Tiga hari berturut-turut..Yasmeen..?"

"Sama seperti abang.Tiga hari berturut-turut...Meen nampak...."

"Apa yang Meen nampak?"

"Meen nampak Muhammad Habib Daniel..."

" Alhamdulillah, abang pun nampak Yasmeen Sufia..."

Kami semua berangkat pulang ke rumah mak dan ayah ... Kak Husna pun ikut sekali..
Macam mana diaorang semua boleh tau yang aku nak lari adalah disebabkan
traitor Kak Husna..Kalau Running Man traitor diorang Haha, Kwang Soo dengan Suk Jin,...
Tapi aku Kak Husna.. Kakak aku sendiri..Biarlah...Dia menolong aku mendapat kan
kebahagiaan yang aku impikan selama ni..

Ya ALLAH..May us together till JANNAH........

tHE eND...

dO cOmMEnt.... :)

Comments

Popular posts from this blog

IRISH part 7

IRISH

CHAPTER 3