Bermula sekali lagi : Kisah Kita

Personal Investigator : Nur Aein Mae-ri Abdullah

The person (Suspect) : Datuk Darial Veen..

Things that suspicious : Disyaki mempunyai hubungan sulit dengan ramai wanita selain teman wanita sekarang
                                    iaitu Gina Tan.

Women who involves in scandals : countless

Datuk's age : 35


SAY WHAT..!!

Muda gila datuk ni..? Yang aku tau selalu pangkat datuk yang mak datin suruh siasat semuanya yang dah ada anak bini... Ini je yang sesat ..Bini tak ada.. girlfriend pun minah saleh celup..!

"So.. Mae Ri, can you handle this job..? I nak tahu mana Darial selalu sembunyikan 'betina-betina' yang
dia selalu enjoy with... Senang sikit I nak prove kat mama dia untuk cepatkan wedding kami..
Senang sikit I nak ikat dia...! "

sepasang mata galak Gina kelihatan garang pada pandangan aku..

Serasa ngeri pun ada nak ambik job ni.. Yelah.. Datuk Darial yang terpamus di Malaysia..
Tak lama lagi Asia pe..?

"But Gina, your boyfie tu kan banyak spies jugak.. Kalau I tertangkap macam mana..?
Kerja ni banyak risiko.. I tahu income yang You bakal bagi tu banyak, Tapi kalau
pulangan I penjara macam mana..?"

Ujar aku yang menyuarakan kebimbangan aku..

"You tak payah risau la..Darial tak suka dikongkong body guard... Dia sendiri ada 'black belt'.
Dia cuma kurang peka dengan sekeliling .. Itu you punya kelebihan untuk intip dia.."

Gina cuba menyakinkan aku..

Sampul surat putih yang aku agak berisi cek dihulur kepada aku...

Aku ambil dan lihat isi kandungannya..

Fuhh..!

RM50 K ...

Tapi ni hanya amaun besar yang aku sering terima atas khidmat aku..
Jumlah sebenar yang Gina tawarkan ialah RM 100 K .

"The rest will be yours as you settle the job..Make sure the photos are crystal clear..!"

Gina memberikan arahan..

Cis..! Crystal clear konon..!! Ingat  memori kad pakai SKII kot..!

But Aein.. Keep smiling cause 'CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT'.

Aku memerhatikan langkah Gina yang semakin jauh meninggalkan aku..

Seorang lelaki yang berbadan ala Choi Si Won dari Suju menghampiri aku..


MEET DATUK DARIAL VEEN....!

"Aein... what are you doing with Gina..? "

Darial menyoal aku..

"What do you mean Datuk..? 25 years old huh..? I tak sangka
you actually 10 years older... How wonderful the way you take care off your
skins... Pakai SKII ek..?"

Aku cuba menukar topik.

Darial hanya tergelak kecil.. Dia memesan secawan latte dan kemudiannya mengalihkan pandangannya semula ke arah aku.

"Sejak bila You care about produk I pakai..? Ouh.. Mesti I handsome sangat kan sekarang..
You dah boleh terima I  la sekarang ni..?
Hmm.... Aein.."

Darial serkap jarang..

"Uh..Please cut the crap ok Datuk... You nak I together with You..? Gina Tan is my client now..
So, apa kata you pergilah beramah mesra dengan aweks you yang banyak tu dan bagi I
a lots of interesting pictures.Senang sikit kerja I.Masyuk pun banyak "

Sengaja aku memprovok Darial.

Cawan latte dihirupnya perlahan.matanya tidak lepas dari memandang aku.
Sebijik macam mata Gina la.. eh... Ada chemistry ke diaorang ni..?

Cawan diletakkan kembali . Darial menyerahkan sekeping cek terhadap aku.

RM300 K..!!!!!

"Kalau you rasa tak cukup, tell me..I boleh tambah bila-bila masa yang you nak.
You cakap berapa yang boleh I bagi  supaya You stop buat kerja ni dan be my Girl..
I dah penat cakap dengan You Aein..."

"Kalau you rasa penat kenapa you nak cakap jugak..?"

"Nur Aein ... I sayangkan you.. I minta maaf pasal kisah lalu kita.. Walaupun I tau yang
kejadian tu salah I dan I tak mengaku pada you dulu, I buat semua tu bersebab.. Aein,
Sebabnya I dah buat silap besar pada you Aien. I mengaku memang I nak mainkan you pada mulanya.
Tapi Aein, I tak berjaya sebab I dah trully love you lepas I kantoi dengan you..

Darial meraup mukanya selepas menceritakan kekesalannya yang membuat aku menjadi
anti kepada Darial Veen.

3 tahun sebelumnya.......


Woa..!!! Serius wa cakap sama lu... Mamat loaded tu tengah lentok habis atas bahu minah
seluaq pendek tu..!

So romantik itu Datuk ..Tengok sunset dengan buah hati baru.. Pegang-pegang tangan..
Bagusnya.

Datuk mangkuk tu bawak aku datang sini sebab nak tunjuk yang dia nak berasmaradana
la dengan awek baru...

Ok ..! Sekian sahajalah hubungan Kita Datuk...!

Aku yang baru nak blah dari pantai indah yang baru bertukar nama jadi pantai maksiat
serasa tangan direntap..

"Aein...What a surprise..."

Datuk menyapa..

Muka tak nampak macam surprise pun...

Agak-agak la bro..!

"Do i know you encik Miang?.."

"Apa yang you cakap ni,..?''

"Pekak ke..?"

"Aein...I tanya you dengan cara yang baik ok..!"

"Dan saya pun cakap dengan nada yang baik..Saya kenal encik miang ke sebab
encik asyik pegang tangan saya,.."

Sebelum Datuk sempat membalas....

"Sayang..You buat apa kat sini.? Janji nak teman I pergi dinner ..Pastu Shopping...bla.bla.."

"you diam jap boleh tak.? I tengah pujuk buah hati I ni..! Sebab you dia jadi macam ni tau..!"

Darial memarahi kekasih hati yang kononnya romantik habis petang tadi..

"Say Darial.. You nak tunjuk kat I sebenarnya kan ..?"

"Tunjuk apa Aein..? "

"About the romantic stuff between you guys.. Now.. I get it Darial... No worry about me..
I faham yang Datuk Darial nak prove yang I ni awek mata duitan yang tak akan tinggalkan
 You walaupun you curang..Oppss..Tak ada istilah curang dalam kamus hidup Datuk kan
sebab Datuk tak pernah pun serius dengan mana-mana perempuan termasuk I.."

Muka Darial jelas berubah sebaik sahaja aku menyebut apa yang terbuku di dalam hati..

Betullah Tu..!

"You terer Aein.. No wonder jadi Private Investigator pun. Otak You memang cekap..!
I admit yang I treat you that way..You dah paham kan ..? tapi I nak You stay by my side..
I sanggup bayar You berapa pun Aein.."

Pang..!!

"Saya perempuan yang tak perlukan duit untuk berdamping dengan seorang lelaki..!
Dan saya benci lelaki yang menabur duit untuk seorang perempuan yang dianggap sebagai
pemuas nafsu..! Bye Datuk ..!"

..........................................................................................

"Masih I rasa tangan You melekat kat pipi I Aein.. Kuat jugak You ni kan..?"

Entah Darial ni memuji atau mengutuk..!

Aku malas nak melayan lelaki ini lagi tapi tiba-tiba............

"Darial..? Apa yang You buat kat sini..?"

Omg..! Gina lor..~!

"Gina...I sedang berdating.."

Mataku membulat sebaik sahaja dia menyebut perkataan dating depan Gina..

Date dengan sapa..? Aku je yang ada dengan dia sekarang ni..!

"you date dengan Mae-ri..?Biar betul you ni..?."

"Apa yang salahnya..? Dia buah hati I..My one and only..!.."

"tapi Kita dah Couple Darial..! "

"Eh Gina..Baru Couple You dah bising-bising macam bini I..!
Tak kan You tak tau moto I.. 'relationship is so heavy..!''

Aku yang mendengar kata-kata Darial rasa menyentap hati aku..
Perlahan aku cuba bangun sebelum air mata mengalir di sini..

Aku tak mahu buat satu lagi drama tak berbayar kat. sini..

Ketika Aku bangun, tanganku serasa dipegang oleh Darial.. Dia memandang aku
dengan pandangan yang menyuruh aku duduk kembali..

Namun..Aku cuba rentap tangan aku.. Tapi tak berhasil..

Ishh... Aku nak blah la ...

"Stay here Aein..! I MEAN IT..!!! "

Kata -kata yang berbaur ugutan itu aku terima kerana
aku sudah masak dengan perangai Darial..

"Kenapa perempuan ni yang You pilih..?
Your mum dah janji nak kahwinkan kita berdua Darial..! "

"You janji dengan my mum kalau I dibuktikan sosial terlampau, she will tie with you.
Tapi, You belum buktikan apa-apa kan..?
My mum akan pilih Aein over You.."

"You tipu Darial..!.."

Gina lantas mengeluarkan telefonnya dan menghubungi seseorang..Loud speaker dipasang..

"Hello Gina.."

Darial Mum..!

"Hello aunty.. I ada kat sini dengan Darial and mistress dia..
Aunty... He want to marry his mistress..! "


Sedap mulut kau je pompuan panggil aku mistress..!

"Mama.. Guess who is your future in law.."

"Who is it Darial Veen..? I have no time to guess.."

"Aein..say something to Ummi.."

aku mulanya malas untuk membuka mulut tetapi akhirnya turutkan jua
kata-kata Darial..

"Hye Ummi.. Ini Aein.. anak ummi.. "

Diam...

"Darial..Bawak Aein balik rumah hari ni jugak..! Dah lama dia lari
dari mama.. Ya Allah Aein..Rindunya ummi dengan kamu..!
And Gina, Our business is over from this moment..! "

Talian dimatikan dan Gina terlopong mendengar Ummi berkata demikian terhadapnya.

"But how Darial..?"

Soal Gina selepas kebingungan sementara..

"Aein Mae ri is my mum precious girl.. You tak akan dapat ganti dia
sebagai bakal wife I Gina..! "

Darial menarik tangan aku keluar dari cafe yang almost crowded itu..

Sepanjang perjalanan ke rumah ummi, fikiran ku melayang mengingati apa yang sebenarnya
berlaku tadi..

Darial pula hanya menumpukan perhatian yang penuh terhadap pemanduan..

Wajahnya sangat serius.Tegang pun ya..






Comments

Popular posts from this blog

IRISH

CHAPTER 3

IRISH part 7