MULA SEMULA part 3
Eh! apa yang basah ni? Hujan ke? Mia pelik kerana tiba-tiba dia berasakan yang dirikannya sedang disirami hujan Pepsi. "Mia, pompuan Syifa tengah curah air hujan Pepsi atas kepala kau tu! Nara memekik. Mia yang dah tahu puncanya terus pusing belakang dan lihat Syifa sedang tersengih mengejek.Syifa tahu yang Mia bukannya berani sangat dengan dia. Adam yang melihat cuba untuk membantu Mia tetapi dihalang oleh Mia sendiri. Keadaan di dalam restoran KFC itu berubah 360 darjah.Sunyi melihat tindakan Syifa yang drastik itu. "Kau apesal pompuan?Tahu la sekarang tengah hujan.Takkan kat dalam pun kau nak bagi hujan jugak!" "Eh Mia,yang kau pergi menggedik dengan Adam tu buat apa?" Syifa menjerit dengan geram. Mia sudah tau puncanya hanya tersenyum. Huk aloh,sebab Adam buaya tembaga ni je pun.Syifa pulak sudah semakin membara dengan gelagat Mia yang hanya tersenyum. cubaan kali kedua Syifa yang cuba untuk mencurahkan air strawberri pulak terhadap Mia apabila....